Page 3 - Hybrid PBD 2022 Tingkatan 4 - Perniagaan
P. 3

BAB


                   2               Trend Semasa dalam

                                   Perniagaan









                    FOKUS TOPIK

                2.1  Peranan Kerajaan dalam Menangani Isu-isu Tempatan, Negara dan Serantau

                  1.  Kerajaan membantu perniagaan bersaing pada peringkat domestik dan antarabangsa melalui:
                    (a)  Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
                    (b)  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
                    (c)  Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
                    (d)  Bank Negara Malaysia (BNM).
                  2.  Bank Negara Malaysia berperanan meningkatkan kestabilan kewangan negara dan mengawal selia sistem
                    pembayaran negara.
                                                                                       Nota
                  3.  (a)  Peranan kerajaan pusat:                                     Contoh Pelepasan Cukai
                        (i)  Aspek perundangan
                           •  Penggubalan undang-undang – Mewujudkan undang-undang perniagaan.
                           •  Perlindungan pengguna – Menggubalkan undang-undang yang boleh melindungi pengguna.
                           •  Pelepasan cukai – Mewujudkan pelepasan cukai untuk menggalakkan rakyat Malaysia
                          Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
                             menceburi dalam perniagaan.
                        (ii)  Aspek kewangan
                           •  Menyediakan sumber pembiayaan kepada perniagaan melalui agensi kerajaan.
                        (iii)  Aspek perkembangan aktiviti perniagaan
                           •  Aktiviti promosi – Membantu menjalankan aktiviti promosi perniagaan melalui MITI dan
                             MATRADE.
                           •  Aktiviti Latihan dan Pembangunan – Menganjurkan pelbagai latihan dan kursus melalui MPC,
                             MEDEC, MARA, dan IKBN.
                           •  Aktiviti penyelidikan dan pembangunan – Menyediakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan
                             bagi menjana kreativiti dan inovasi dalam perniagaan melalui agensi seperti MARDI, SIRIM,
                             MPOB, dan TNB research.
                    (b)  Peranan kerajaan negeri:
                        •  Mewujudkan kawasan industri.
                        •  Mengeluarkan lesen.
                        •  Membuat promosi untuk menarik pelabur.
                        •  Membentuk syarikat kepentingan kerajaan seperti PKEN.
                        •  Memberi bantuan kepada usahawan baharu melalui PKEN.
                    (c)  Peranan pihak berkuasa tempatan:
                        •  Menggubal undang-undang kecil perniagaan.
                        •  Menyediakan kemudahan awam.
                        •  Mewujudkan pusat perniagaan.
                        •  Mengawal tahap kesihatan awam dan keselamatan.
                        •  Melaksanakan tanggungjawab sosial.
                        •  Memantau keselamatan bangunan.
                        •  Merangka dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan tempatan.



              © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               24






         02 Hybrid PNiagaan Tg4_EM.indd   24                                                           12/10/2021   4:40 PM
   1   2   3   4   5   6   7   8