Page 20 - Focus SPM 2022 - Biology
P. 20

Biologi SPM  Bab 2  Biologi dan Organisasi Sel

                  Perbincangan:
                  1.  Larutan iodin mewarnakan nukleus kepada warna perang.
                  2.  Sel bawang mempunyai bentuk tetap.
                  3.  Melalui mikroskop cahaya, struktur sel bawang yang dapat dilihat ialah nukleus, sitoplasma,
                     vakuol, membran plasma dan dinding sel.

                  Kesimpulan:
                  Sel bawang mempunyai bentuk yang tetap, nukleus, sitoplasma, vakuol, membran plasma dan dinding
                  sel.                                                                             Tingkatan  Tingkatan


                       Aktiviti 2.2
                   Eksperimen 2.1
                   Eksperimen 2.1
                                                                                                              4
                  Tujuan: Menyedia dan memerhati slaid sel haiwan  PencungkilAll Rights Reserved.
                  Bahan dan radas: Sel pipi, larutan metilena biru, air suling, kertas turas, pencungkil gigi, slaid kaca,
                                 penutup kaca, mikroskop cahaya, penitis, jarum tenggek
                  Arahan:

                         Titiskan                                                Penutup
                         air suling               Titisan                         kaca
                  Penerbitan Pelangi Sdn Bhd.
                                                  air suling
                                                                                           Jarum
                                                               gigi                        tenggek
                                (a)                       (b)                          (c)



                              Setitik larutan
                              metilena biru

                         Titisan air                                               Slaid
                         suling dan                               Kertas           kaca
                         sel pipi                                 turas
                                  (d)                         (e)                       (f)
                                               Rajah 2.3 Cara menyediakan slaid sel pipi
                  1.  Air suling dititiskan di bahagian tengah slaid kaca.
                  2.  Bahagian dalam pipi dikikis menggunakan pencungkil gigi.
                     Langkah berjaga-jaga: Kikis bahagian dalam pipi menggunakan bahagian pencungkil gigi yang
                     tumpul.
                  3.  Kikisan tersebut diletakkan ke dalam titisan air suling pada slaid kaca.
                  4.  Penutup kaca diletakkan secara perlahan-lahan sehingga menutup spesimen dengan bantuan jarum
                     tenggek.
                     Langkah berjaga-jaga: Pastikan tiada gelembung udara yang terperangkap di bawah kaca penutup.
                  5.  Larutan  metilena biru  dititiskan  di satu  sisi  penutup  kaca, di  hujung bertentangan,  kertas  turas
                     diletakkan bagi menarik larutan metilena biru agar dapat mewarnai keseluruhan spesimen.
                  6.  Slaid diperhatikan menerusi mikroskop dengan kanta objek kuasa rendah dan diikuti dengan kanta
                     objek kuasa tinggi.
                  7.  Struktur sel pipi dilukis dan dilabelkan. Kuasa pembesaran dicatatkan.




                                                                                                      15






         T4 Bab 2.indd   15                                                                             7/23/21   12:34 PM
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25