Page 27 - Focus SPM 2022 - Biology
P. 27
Biologi SPM Bab 2 Biologi dan Organisasi Sel
Jenis dan Fungsi Tisu Haiwan
Tisu epitelium
• Melapisi permukaan luar atau dalam badan, organ atau rongga dalam badan
• Terdapat dalam pelbagai bentuk bergantung kepada kedudukan dan fungsinya
• Memberi perlindungan daripada jangkitan patogen, kecederaan mekanikal dan penyahidratan
• Disusun secara rapat antara satu sama lain
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Tisu epitelium pada permukaan luar kulit
• Melindungi tisu dan organ di bawah kulit
• Menghalang pendehidratan kulit
• Mengawal atur suhu badan
Tisu epitelium pada permukaan usus
Sel • Membentuk sel-sel goblet
goblet • Merembeskan mukus, jus pencernaan dan penyerapan nutrien
Tingkatan
Tingkatan
4
Silia Tisu epitelium pada permukaan trakea
Sel • Membentuk sel-sel goblet yang bersilia
• Merembes mukus untuk memerangkap debu dan zarah-zarah halus dalam udara
goblet
Tisu epitelium pada tubul ginjal dan kelenjar
• Terlibat dalam penyerapan dan rembesan
• Ada yang mempunyai mikrovili untuk penyerapan
Tisu saraf
• Terdiri daripada sel saraf yang disebut neuron
• Terdapat tiga jenis neuron iaitu neuron deria, neuron motor dan neuron geganti
• Menghantar dan menerima isyarat bioelektrik untuk mengawal dan mengkoordinasi
tindakan badan
Tisu otot
• Sel-sel otot yang disebut sebagai gentian otot membentuk tisu otot.
• Terdapat tiga jenis otot, iaitu otot rangka, otot licin dan otot kardiak.
Otot rangka
• Berpaut pada tulang rangka.
• Pengecutan dan pengenduran menghasilkan pergerakan.
• Terlibat dalam pergerakan terkawal.
Otot kardiak
• Gentian otot yang saling berhubung bagi membentuk dinding jantung
• Mengecut untuk mengepam darah ke seluruh badan.
• Pengecutan adalah secara luar kawal.
Otot licin
• Terdapat pada salur darah, salur pencernaan, salur kencing dan organ dalaman.
• Terlibat dalam tindakan luar kawal seperti tindakan peristalsis di sepanjang salur
alimentari.
Tisu penghubung
Tisu tulang
• Sel-sel tulang yang dikenali sebagai osteoblas terbenam dalam matriks kolagen dan
dikeraskan oleh pengenapan mineral seperti kalsium.
• Terlibat dalam pembentukan rangka badan, melindungi organ dan takungan kalsium.
22
T4 Bab 2.indd 22 7/23/21 12:34 PM

