Page 9 - Focus SPM KSSM Tg 4.5 - Sejarah
P. 9

Sejarah SPM  Bab 2  Kebangkitan Nasionalisme

   2.1    Maksud Nasionalisme


    1.  Nasionalisme bermaksud perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara.
    2.  Nasionalisme juga diertikan sebagai semangat kebangsaan yang berkaitan dengan perjuangan
       menentang penjajahan dan pembelaan terhadap bangsa dan negara.
    3.  Nasionalisme juga bermaksud gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial
       daripada penguasaan orang asing.
    4.  Idea nasionalisme berbeza antara negara dengan zaman kerana berkait rapat dengan pengalaman                                                                                                          T
 T
                                                                                                                                                                                                             i
 i
 n
                                                                                                                                                                                                             n
       sejarah dan pengaruh sekeliling seperti keturunan, agama, bahasa dan adat resam.                                                                                                                      g
 g
 k
                                                                                                                                                                                                             k
    5.  Nasionalisme ialah gerakan untuk melahirkan  perasaan kekitaan dengan menggunakan                                                                                                                    a
 a
                                                                                                                                                                                                             t
 t
 a
       persamaan kebudayaan dan pengalaman sejarah yang bertujuan membebaskan bangsa dan                                                                                                                     n
                                                                                                                                                                                                             a
 n
 4     negara daripada penjajahan.                                                                                                                                                                           4
    6.  Gerakan ini menuju matlamat yang sama,         Praktis Formatif  1
       iaitu membina bangsa yang bersatu dan        1.  Berdasarkan pendapat tokoh dan sejarawan,
       negara berdaulat.                              rumuskan maksud nasionalisme.
  Pendapat Tokoh
            Tokoh                             Tafsiran berkaitan nasionalisme
                            •  Nasionalisme merupakan satu gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang
                               hanya kepada negara atau bangsanya.
          Hans Kohn

                            •  Kebangkitan  nasionalisme  Melayu  lebih  kepada  kesedaran  dan  ketegasan
                               diri pada dekad terakhir sebelum Perang Dunia Kedua disebabkan ancaman
                               terhadap kepentingan orang Melayu dan faktor ekonomi.
                            •  Nasionalisme juga timbul akibat kebimbangan masyarakat terhadap sekularisme
                               dan imperialisme Barat yang melanda Tanah Melayu.
      Profesor William R. Roff


                            •  Kita  hendak  menzahirkan  suatu  bangsa  yang  lebih  tegap  dan  kuat,  boleh
                               berdiri di atas tapak kaki kita sendiri dan mengambil tempat yang sebenar di
                               sisi bangsa-bangsa lain yang tegap dan bersatu
        Dato’ Onn Jaafar
                            •  Perjuangan menentang penjajahan hendaklah ada persatuan dan perpaduan
                               yang kuat, iaitu National Fronts.
                            •  Segala tenaga menentang penjajahan hendaklah digunakan untuk mencapai
                               kemerdekaan dengan tetap berpegang pada tatatertib dan adab sopan bangsa
                               Melayu dan agama Islam.
     Dr. Burhanuddin al-Helmi
                            •  Nasionalisme  merupakan  fenomena  sejagat  yang  mengiktiraf  hak  setiap
                               bangsa di dunia ini untuk menubuhkan negaranya sendiri.
                            •  Nasionalisme memindahkan kedaulatan kepada rakyat.
                            •  Nasionalisme  juga  menuntut  kesetiaan  ulung  individu  disalurkan  kepada
                               negara bangsa itu.
      Dr. R. Suntharalingam



     12





 02 Fokus Sejarah Ting 4.indd   12                                                        19/02/2021   4:15 PM
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14