Page 15 - PBD Plus Geografi T3 (EG)
P. 15
Geografi Tingkatan 3 Bab 1
Mentafsir Jadual, Graf Bar Mudah, Graf Garisan Mudah dan
1.5 Buku Teks ms. 14 – 16
Graf Gabungan
SP 1.1.4 Mentafsir jadual, graf bar mudah, graf garisan mudah dan graf gabungan
10. Tafsir data dan maklumat dalam jadual di bawah. TP 4
Sumbangan Sektor Ekonomi Utama Negeri Melaka Pada Tahun 2019
Sektor Sumbangan (RM bilion)
Pertanian 4.4
Pembuatan 16.8
Pembinaan 1.4
Perkhidmatan 20.9
Perlombongan 0.06
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
(Sumber: Laporan Sosioekonomi Melaka 2019)
(a) Nyatakan kegunaan jadual di atas.
Jadual di atas digunakan untuk menganalisis sumbangan sektor ekonomi utama negeri Melaka pada
tahun 2019.
(b) Senaraikan sektor ekonomi yang memberi sumbangan tertinggi dan yang terendah berserta nilai
sumbangan sektor-sektor tersebut.
Sumbangan tertinggi adalah dari sektor perkhidmatan berjumlah RM20.9 bilion, manakala sektor
perlombongan merupakan penyumbang terendah, iaitu RM0.06 bilion.
(c) Berdasarkan jawapan Soalan 10(b), berikan faktor-faktor yang mempengaruhi data tersebut.
Sektor perkhidmatan merupakan penyumbang tertinggi kerana negeri Melaka merupakan negeri
pelancongan menyebabkan perkhidmatan sokongan seperti perhotelan, pengangkutan, perniagaan
dan perdagangan serta kewangan berkembang maju. Sektor perlombongan pula menjadi
penyumbang terendah kerana negeri Melaka tidak mempunyai banyak sumber mineral untuk
dimajukan.
(d) Rumuskan analisis anda.
Sektor ekonomi utama menyumbang sejumlah RM43.56 bilion pada tahun 2019 kepada pendapatan
negeri Melaka. Sektor perkhidmatan merupakan penyumbang utama, iaitu 48% diikuti dengan sektor
pembuatan, iaitu 37%. Sumbangan lain datang dari sektor pertanian, pembinaan dan perlombongan.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 8 TAhAp penGuAsAAn 1 2 3 4 5 6

