Page 22 - PBD Plus Geografi T3 (EG)
P. 22

Fokus KBAT







          Jadual di bawah menunjukkan negeri yang mencatat eksport tertinggi Malaysia pada tahun 2019.

                               Negeri yang Mencatat Eksport Tertinggi Malaysia Pada Tahun 2019
                                           Negeri                   Jumlah (RM bilion)

                                Pulau Pinang                                206.8
                                Johor                                       147.4

                                Selangor                                    144.1

                                Sarawak                                      60.2
                                  Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
                                Kuala Lumpur                                 26.7
                                                              (Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia)

           IDEA    Jenis bar    Jelas    Perbandingan


            1.  Namakan graf yang sesuai untuk mewakili jadual di atas. Berikan alasan anda.   KBAT  Menganalisis
               Graf bar mudah. Penggunaan bahan grafik ini boleh menunjukkan data dengan jelas serta memudahkan

               perbandingan maklumat dalam setiap item yang terdapat di dalam graf tersebut. Ketinggian bar boleh
               membantu memberi gambaran awal tentang nilai eksport bagi lima negeri tersebut.





           IDEA    Mudah dibaca    Kemas    Mudah ditafsir

            2.  Mengapakah persembahan data dalam bentuk graf lebih berkesan berbanding menggunakan jadual?
                                                                                                      KBAT  Menilai
               Persembahan dalam bentuk grafik lebih menarik dan mudah dibaca berbanding dalam bentuk tulisan.

               Persembahan yang lebih jelas ini memboleh tafsiran dibuat dengan lebih tepat.




           IDEA    Menyimpan maklumat    Mudah dirujuk

            3.  Jelaskan kepentingan graf dalam kehidupan seorang murid.   KBAT  Menilai
               Murid  boleh  menyimpan  maklumat  dalam  bentuk  grafik  yang  ringkas  dan  membantu  murid

               membandingkan data. Seterusnya dapat melihat perubahan atau aliran data dengan jelas. Bahan-bahan

               grafik yang jelas dan mudah membantu murid membuat tafsiran berkaitan maklumat yang diperoleh.



                                                                                                         Kuiz
                                                                                                         Gamifikasi



                                                                                                         Bab 1


                                                             15                                 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
   17   18   19   20   21   22   23