Page 22 - Genius PBD - Bahasa Melayu Thn 2
P. 22

Bahasa Melayu  Tahun 2  Modul 3 Sahabat Karib  Tarikh:   Tarikh:   Bahasa Melayu  Tahun 2  Modul 3 Sahabat Karib



                                                           ‘Kasar’ ialah kata adjektif
                Nota Genius                                daripada jenis …


           KATA ADjeKTiF
           Kata adjektif digunakan untuk menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda, orang,
           tempat, dan sebagainya.

                                 Warna: hijau, biru, merah
                                                                   Sifat / keadaan: baik, jahat
                                 Ukuran: besar, kecil, nipis
                                                                   Waktu: awal, baru, kini
             jenis-jenis
            Kata Adjektif        Bentuk: bulat, bujur, lurus
                                                                   Jarak: jauh, dekat, hampir
                                 Cara: cepat, cermat, laju
                                                                   Pancaindera: cantik, manis
                                 Perasaan: marah, suka, kasih




         E   Aspek Tatabahasa
          SP 5.1.3    Memahami, mengenal pasti dan menggunakan kata adjektif mengikut konteks; (i) sifat (ii) warna (iii) ukuran (iv) bentuk (v) waktu

        Baca cerita. Kemudian, lengkapkan jadual dengan kata adjektif yang terdapat
        dalam cerita.    SP 5.1.3 (i) – (v)

          Jiran saya bernama Alina. Dia anak sulung daripada dua orang adik-
          beradik. Alina berbadan gempal dan kulitnya cerah. Wajahnya bujur sirih.
          Dia gemar memakai kemeja-T berwarna biru muda.
               Alina sebaya dengan saya. Kami belajar di kelas yang sama. Dia murid
          yang pandai. Dia juga seorang yang periang dan disenangi oleh rakan-
          rakan di sekolah. Setiap hari, kami menaiki bas ke sekolah pada awal pagi.
          Pada waktu petang pula, kami bermain bersama-sama di taman permainan.

               Keluarga Alina kaya. Namun begitu, mereka tidak sombong. Mereka
          selalu membantu jiran-jiran yang dalam kesusahan. Saya seronok kerana
          dapat berjiran dengan mereka.



           Kata
          Adjektif



         TAHAP PENGUASAAN ( ) 1      2    3     4     5     6

        Tandatangan Guru: _____________________________________________________     Tarikh: ______________________


 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.  PB                 15                         © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






 P1 to 15_Genius BM T2.indd   15                                                              30/09/2022   4:45 PM
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27