Page 8 - Britannica 4 - Pantai
P. 8
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Profesor Naomi
Kelihatan seperti wanita kampung yang tinggal di
rumah usang di tepi pantai. Namun, sebenarnya beliau ialah
profesor terkenal. Beliau memiliki makmal penyelidikan
yang lengkap dan canggih. Segala perkara berkaitan
ekosistem pantai boleh dijelaskan dengan mudah. Beliau
mengkaji dan mencipta kapal eksplorasi pelbagai fungsi.
Beliau juga berkongsi pengetahuan yang ada dengan kanak-
kanak.
Luo Yun
Dia telah pulang ke kampung neneknya yang
terletak di tepi pantai. Dia amat berpengetahuan tentang
komputer, namun kurang dalam pengetahuan alam
semula jadi. Dia terserempak dengan Maggy yang amat
berpengetahuan tentang pantai. Kesempatan ini diambil
bagi menyiapkan tugasan cuti sekolahnya.
Maggy
Gadis yang membesar di tepi pantai sejak kecil ini
sangat mengenali hidupan di pantai lumpur. Berbanding
dengan rakan-rakan sebaya yang lain, dia lebih
berpengetahuan tentang alam semula jadi kerana sering
membantu dan bergaul dengan Profesor Naomi.
CS5_BritannicaV4_P01-P07_INTRO_BM.indd 7 5/27/19 2:55 PM

