Page 8 - Britannica 32 - Mitos dan Legenda
P. 8
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Luo Yun
Gemar bermain permainan video. Memasuki
dunia mitos dan legenda setelah membuka buku yang
dibelinya di pasar lambak. Mulai berminat dengan
kisah mitos dan legenda selepas pengembaraan
tersebut.
Maggy
Kawan baik Luo Yun yang amat meminati mitos
dan legenda. Walaupun pada mulanya berasa takut
apabila memasuki dunia mitos dan legenda, namun
tetap berasa gembira. Sentiasa menenangkan Luo
Yun yang ingin pulang dan menerokai dunia mitos
dan legenda bersama-sama.
Penjual buku di pasar lambak
Penjual buku yang dibeli oleh Luo Yun di pasar
lambak. Mengetahui rahsia buku tersebut, tetapi
tidak sempat untuk menghalang Luo Yun dan
Maggy.
BritannicaV32_P01-P07_INTRO_BM.indd 7 22/01/2021 6:23 PM

