Page 3 - Praktis Pintar KSSM Sains - Thn 4
P. 3
Aktiviti PAK - 21
Deklamasi Nyanyian
1. Nyanyikan lagu di bawah dengan menggunakan melodi lagu yang dinyatakan. Kemudian,
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
jawab soalan-soalan yang diberikan.
Lagu: Perfect (Ed Sheeran)
Tajuk: Sumber asas bagi bahan
Banyak bahan-bahan, di atas muka bumi,
Boleh digunakan, membuat objek,
Terdapat empat sumber asas bahan utama,
Petroleum, haiwan, tumbuhan dan batuan.
Tumbuhan banyak kita gunakan,
Untuk membuat objek,
Kerusi, meja dan bangku,
Kapas pula untuk membuat baju, tuala dan cadar,
Getah pula boleh dijadikan tayar.
Haiwan, juga berguna, untuk membuat objek,
Seperti beg kulit, dan juga kasut kulit,
Dan juga bulu haiwan, dijadikan baju sejuk,
Ulat sutera, boleh dibuat baju sutera.
Batu-batuan juga, banyak kegunaan kepada kita,
Logam besi, timah emas dan kaca,
Tembikar pasu, juga batu bata dan pasir,
Semuanya, berguna kepada manusia.
Ada bahan, dari petroleum,
Plastik dan kain sintetik,
Banyak barang dapat dibuat dari plastik,
Seperti pinggan, gelas dan cawan,
Kerana plastik adalah ringan,
Dan juga murah harganya,
Lain bahan, berbeza sifatnya,
Dan berbeza kebolehannya,
Ada yang terapung, ada juga yang kenyal,
Ada konduktor dan penebat juga, ada yang boleh serap air,
Berjimatlah, guna bahan-bahan asas ini.
i © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Layout PAK21.indd 1 7/25/21 9:38 PM

