Page 22 - Focus PT3 2022 - Pendidikan Islam
P. 22

Pendidikan Islam  PT3  Pelajaran 16  Tayamum dengan Debu Suci


                 16.1 Konsep Tayamum


                    Tayamum  dari segi bahasa ialah  melakukan sesuatu dengan tujuan. Dari segi istilah pula
                    ialah menyapu debu tanah suci ke muka dan kedua-dua belah tangan hingga ke siku dengan
                    cara dan syarat-syarat tertentu disertai dengan niat bagi menggantikan wuduk atau mandi
                    wajib.

                  1.  Tayamum menggantikan wuduk atau mandi disebabkan keuzuran dan merupakan rukhsah
                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                     dalam beribadat.
                  2.  Hukum tayamum adalah wajib bagi orang yang tidak boleh menggunakan air atau ketiadaan
                     air untuk menunaikan solat.

                  3.  Dalil tayamum berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Maidah, ayat 6:


                                                                                                      …

                                                       …

                      Maksudnya: …“dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam perjalanan, atau salah seorang daripada kamu
                      datang dari tempat buang air, atau kamu menyentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk wuduk dan
                      mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih, sapulah muka kamu dan kedua-dua
                      belah tangan kamu dengan tanah (debu) itu…”                                             Tingkatan



                 16.2 Sebab Diharuskan Tayamum
                                                                                                              2


                   Ketiadaan air atau ada air tetapi hanya
                   digunakan untuk keperluan makan dan
                               minum.



                                                       Sejuk yang boleh
                                                   memudaratkan kesihatan.
                            Sebab
                          Diharuskan
                           Tayamum
                                                    Air berada di tempat
                                                      yang terlalu jauh.



                   Tidak dapat menggunakan air
                    kerana penyakit atau sakit.


                     Praktis Formatif                                   Nilai Islam

                   1.  Jelaskan maksud tayamum.                  Laksanakan ibadat dengan sebaik-baiknya
                                                                 kerana Allah telah berlemah lembut memberikan
                   2.  Nyatakan dua sebab diharuskan tayamum.    keringanan dalam keadaan-keadaan tertentu.



                                                                                                     223






         15.2 FOC PT3 ISLAM 1P.indd   223                                                             15/12/2021   10:43 AM
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27