Page 32 - KOMIK PENDIDIKAN BRITANNICA : ARTIK dan ANTARTIKA
P. 32
Orang asli di Artik
Di Artik, selain daripada orang Inuit, terdapat juga orang asli yang lain. Mereka masih
mengamalkan tradisi masing-masing dan berkembang maju.
Orang Yupik
Menetap di bahagian barat Alaska dan
pedalaman timur Rusia. Orang Yupik tidak
suka dipanggil orang Inuit kerana mereka
menganggapnya sebagai suatu diskriminasi. Maka,
mereka menggelarkan diri mereka sebagai orang
Yupik atau Eskimo. Apabila berlaku suatu peristiwa
yang istimewa, orang Yupik akan membuat topeng
daripada kulit serta bulu haiwan dan memakainya.
Orang Yupik
Orang Nenets
Menetap di kawasan tundra utara Siberia.
Mereka juga dikenali sebagai orang Yurak atau orang
Samodi. Sekitar 95% daripada orang Nenets percaya
kepada animisme. Mereka berkomunikasi dalam
bahasa Nenets dan hidup dengan memelihara rusa
kutub. Bagi mereka, rusa kutub sangat penting kerana
menyediakan pakaian, makanan dan pengangkutan.
Selain itu, mereka juga memburu dan menangkap
ikan.
Keluarga orang Nenets
Orang Aleut
Menetap di Alaska dan kepulauan Aleut Alaska
(terletak antara Alaska dan Semenanjung Aegean).
Merupakan wakil orang asli Artik bersama-sama
orang Inuit dan Yupik. Orang Aleut tradisional hidup
dengan memburu anjing laut, membuat kapal,
menenun dan membuat senjata.
Pemburu dalam kalangan orang Aleut
BritannicaV20_P38-P69_CH02A_BM.indd 68 15/05/2020 7:26 AM

