Page 16 - PBD Plus Geografi T1 (EG)
P. 16

Fokus KBAT






          Kompas adalah alat yang paling tepat untuk menunjukkan arah di permukaan bumi. Kompas mengandungi anak
          panah yang dibuat daripada jarum besi bermagnet yang berdasarkan medan magnet di bumi. Empat arah utama
          kompas ialah Utara, Selatan, Timur dan Barat.
          Sejarawan mendapati kompas mula dicipta oleh orang China pada abad ke-11 dan hanya digunakan oleh ahli
          pelayaran Eropah pada 1300 Masihi. Selain kompas magnetik, terdapat beberapa jenis kompas.
           (a)                               (b)                               (c)













           IDEA    Silva    Lensa    Kiblat
            1.  Bolehkah anda menamakan kompas-kompas yang ditunjukkan dalam foto di atas?
               (a)  Kompas silva

               (b)  Kompas lensa

               (c)  Kompas kiblat Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


           IDEA    Orientasi    Pembacaan arah    Sembahyang

            2.  Apakah fungsi kompas-kompas tersebut?    KBAT  Menilai
               (a)  Kompas  silva  adalah  kompas  yang  digunakan  dalam  orientasi  (penghitungan  dan  pembacaan  peta

                   secara langsung)
               (b)  Kompas  lensa  merupakan  kompas  yang  dilengkapi  dengan  lensa  biconcave  yang  berfungsi  untuk

                   mempermudah dalam pembacaan arah

               (c)  Kompas kiblat direka bentuk untuk mengindikasi arah sembahyang



           IDEA    Menentukan arah    Sesat    Ringan

            3.  Pada  pendapat  anda,  apakah  kelebihan  menggunakan  kompas  semasa  aktiviti ‘jelajah  hutan’  atau  jungle
               trekking?    KBAT  Menilai
               Kompas membantu menentukan arah ketika mencari jejak di dalam hutan.

               Kompas ringan dan mudah dibawa.


                                                                                                         Kuiz
                                                                                                         Gamifikasi



                                                                                                         Bab 1


                                                             9                                  © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21