Page 11 - Syok Praktis PBD (2023) BM TH6
P. 11
PENULISAN
Kemahiran Kreatif dan
Apresiasi Bahasa
Praktis 1
Soalan 1
Sekolah kamu melalui kerjasama Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) telah mengadakan pesta
jualan sehari bersempena dengan Hari Kokurikulum bagi mengumpul dana di samping menambah
tabungan PIBG sekolah.
Selaku wartawan sekolah, tulis berita tentang sambutan pesta jualan Hari Kokurikulum itu
selengkapnya.
Soalan 2
Kamu berpeluang untuk mengikuti ibu bapa kamu membeli-belah di sebuah pasar raya di tempat
kamu.
Ceritakan suasana di pasar raya berkenaan ketika itu.
Praktis 2
Soalan 1
Kamu dan rakan kamu berbual-bual tentang aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah.
Topik utama perbualan kamu adalah tentang kebaikan menyertai acara olahraga.
Tulis perbualan kamu dengan rakan kamu itu.
Soalan 2
Hari itu kamu terlewat tiba di sekolah kerana hujan lebat sejak awal pagi. Ceritakan situasi yang
kamu alami ketika itu.
Tulis cerita kamu itu selengkapnya.
51 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
05 Syok BM T6.indd 51 19/08/2022 4:48 PM

