Page 19 - RANGER SPM P.AKAUN
P. 19

Prinsip Perakaunan  SPM  Modul 2 Klasifikasi Akaun dan Persamaan Perakaunan

                Soalan Subjektif
                  1.  Apakah kesan urus niaga berikut kepada persamaan perakaunan?

                      Membeli barang niaga bernilai RM600 secara kredit daripada Perniagaan Jaya.

                  2.  Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Cemerlang pada 30 November 20X8.

                                                                       RM
                                     Bank                             3 560                          4
                                     Kelengkapan                      4 490
                                     Akaun Belum Terima               3 550
                                     Inventori                        2 680
                                     Modal                            7 420
                                     Untung Bersih                    3 980
                                     Akaun Belum Bayar                2 880

                     Urus niaga berikut berlaku sepanjang bulan Disember 20X8.
                     Dis. 3    Beli barang niaga secara kredit RM560.
                         5     Jual barang niaga berkos RM290 dengan harga RM380 secara kredit.
                         8     Jual kelengkapan lama dengan harga RM290. Wang diterima
                               dibankkan.
                        12     Mengeluarkan cek RM300 untuk kegunaan sendiri.
                        18     Pulangan barang niaga bernilai RM380 kepada pembekal.
                        22     Terima cek daripada Akaun Belum Terima RM250.
                        25     Pemilik membawa masuk 1 set komputer bernilai RM1 290 untuk
                               kegunaan perniagaan.
                     Anda dikehendaki menunjukkan kesan urus niaga di atas dengan menyediakan jadual
                    yang sesuai.

                  3.  Carta akaun berikut digunakan oleh Syarikat Damai dalam sistem perakaunan perniagaan.

                                  Kod Item                         Jenis Akaun
                                 1000 / 000                     Aset Bukan Semasa
                                 2000 / 000                        Aset Semasa
                                 3000 / 000                    Liabiliti Bukan Semasa
                                 4000 / 000                       Liabiliti Semasa
                                 5000 / 000                            Hasil
                                 6000 / 000                          Belanja

                     Cadangkan Kod Item bagi Akaun Sewa dan Akaun Perabot.


 26                                                                                            27
   14   15   16   17   18   19   20   21   22