Page 29 - Focus PT3 2022 - Sejarah
P. 29
Sejarah PT3 Bab 7 Penentangan Masyarakat Tempatan
Sabah • Pentadbiran SBUB menggugat kedudukan Mat Salleh, pembesar di hulu Sungai Sugut.
• Dalam rundingan antara Mat Salleh dengan William Cowie, Mat Salleh dibenarkan mentadbir
daerah Tambunan.
• SBUB memungkiri janji dengan mengambil semula Tambunan.
• Hal ini mencabar kuasa dan kewibawaan Mat Salleh.
Terengganu • British melantik Penasihat British di Kuala Terengganu dan Penolong Penasihat British di
Besut dan Kemaman.
• Menggugat kekuasaan sultan dan pembesar.
• Hubungan luar negeri pula ditetapkan oleh British.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Kelantan • Pembentukan jajahan dan pelantikan ketua jajahan sebagai pentadbir telah mengambil alih
kuasa pembesar.
• Pusat pentadbiran jajahan Pasir Puteh telah dipindahkan dari Jeram ke Pasir Puteh.
• Engku Besar Jeram hanya diberi jawatan yang rendah, iaitu Tok Kweng Muda.
• Beliau kehilangan kuasa, kewibawaan dan keistimewaan.
• Engku Besar Jeram Tuan Ahmad dan Tok Janggut menjalankan kempen menentang
pentadbiran baharu itu.
Perundangan tempatan
Naning • Pelaksanaan undang-undang Barat di Naning.
• Tindakan British mencabar bidang kuasa penghakiman yang dimiliki oleh Dol Said.
• Mengganggu sistem perundangan Naning, iaitu Adat Perpatih.
Perak • Pembinaan balai polis dan pelantikan Kapten Speedy sebagai Penolong Residen di Larut.
• Menteri Ngah Ibrahim kehilangan kuasa mentadbir kerana beliau diminta menerima nasihat
daripada Kapten Speedy.
Pahang • Konflik antara Dato’ Bahaman dengan British menjadi lebih serius apabila British mendirikan
balai polis di Lubuk Terua.
• Menyebabkan kedudukannya sebagai penguasa undang-undang tergugat.
Kewangan tempatan
Perak • Pembatalan pajakan pungutan cukai dan larangan mengutip cukai oleh J.W.W. Birch di
Kuala Sungai Perak.
• Sultan Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim dan pembesar Perak kehilangan sumber pendapatan
mereka.
Pahang • Pengenalan Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil.
• Dato’ Bahaman pembesar Semantan tidak dibenarkan memungut cukai di kawasannya.
• Ditawarkan elaun bulanan yang sangat kecil.
• Dato’ Bahaman ditawarkan elaun $70.00 sebulan.
• Pembesar Pahang tidak berpuas hati dengan elaun tersebut.
• Membantah tidak akan mematuhi keputusan Majlis Mesyuarat Negeri.
Kesan terhadap Kehidupan Masyarakat
Praktis Formatif 1 3
• Menilai Kesengsaraan kepada rakyat
Sistem pentadbiran Barat menyebabkan 1. British memperkenalkan pelbagai jenis
pentadbiran tempatan tergugat. Buktikan. cukai ke atas tanah hasil hutan dan tumbuh-
tumbuhan.
2. Pada 1 Januari 1915, Majlis Mesyuarat
Negeri mengeluarkan perisytiharan sistem
Kapten Speedy pungutan cukai baharu di Kelantan.
Tingkatan
3 INFO 3. Hal ini menjejaskan kehidupan penduduk
tempatan.
322
18/10/2019 6:19 PM
Pg322.indd 2
07.3 FOC PT3 SEJ 2P.indd 322 06/12/2021 4:23 PM

