Page 9 - Focus PT3 2022 - Sejarah
P. 9

Sejarah  PT3  Bab 5  Kesultanan Melayu Melaka
                   (c)  Daulat dan alat kebesaran:


                Kepemimpinan Raja Melaka dikaitkan         Daulat adalah kuasa dan kewibawaan raja sebagai
                dengan konsep daulat dan derhaka serta     pemimpin. Rakyat mengakui kedaulatan raja dengan
                pelbagai institusi perajaan seperti adat   memberikan taat setia sepenuhnya dan tidak boleh
                istiadat istana dan alat kebesaran diraja.  menderhaka kepada raja.




                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                    Alat kebesaran diraja adalah seperti cap     Konsep daulat, adat istiadat dan alat kebesaran
                    mohor,  nobat, keris, lembing dan mahkota.   menyebabkan raja mempunyai kedudukan
                    Alat kebesaran ini  digunakan semasa         yang  tinggi  dan istimewa.  Hal  ini  menjadikan
                    upacara istiadat pertabalan, perkahwinan dan   kedudukan  raja  dalam  sistem  pemerintahan
                    kemangkatan raja.                            kerajaan Melaka bertambah kukuh.


                   (d)  Kewibawaan:                             5.  Keadaan ini menyebabkan kerajaan Melayu
                       (i)  Raja memiliki ciri kepemimpinan       yang lain turut mewarisi corak pentadbiran
                           seperti adil, berwibawa dan            Melaka seperti dalam rajah berikut.
                           mengambil     berat   terhadap
                           kebajikan rakyat.                                     Sultan
                       (ii)  Raja memerintah mengikut bidang                   Pembesar
                           kuasa yang ditetapkan dalam                         Berempat
                           Hukum Kanun Melaka.
                       (iii)  Sultan  Muzaffar  Shah  dan                      Pembesar
                           Sultan Mansur Shah merupakan                        Berlapan
                           pemerintah yang mengutamakan
         Tingkatan
         2                 keamanan dan kebajikan rakyat.                    Pembesar Enam
                       (iv)  Sultan  Mansur  Shah  menasihati                    Belas
                           puteranya    bernama    Sultan
                           Alauddin Riayat Shah supaya                   Pembesar Tiga Puluh Dua
                           bersikap adil terhadap rakyat,
                           menyiasat segala tuduhan dengan              Sistem Pembesar Empat Lipatan
                           teliti dan bekerjasama dengan
                           pegawai-pegawainya.                    (a)  Sistem Pembesar Empat Lipatan:
                                                                      (i)  Pentadbiran Kesultanan Melayu
              Sistem Pentadbiran                                          Melaka    berasaskan    Sistem
                                                                          Pembesar Empat Lipatan.
                1.  Sultan berada di puncak sistem                    (ii)  Melalui sistem ini didapati pada
                   pemerintahan dan pentadbiran Kesultanan                setiap peringkat pentadbiran
                   Melayu Melaka.
                                                                          terdapat pembesar yang dilantik
                2.  Pembesar dilantik oleh sultan untuk                   oleh pemerintah bagi membantu
                   membantunya dalam pentadbiran.                         melicinkan pentadbiran.
                                                                      (iii)  Sultan dibantu oleh pembesar
                3.  Hal ini mendorong Kesultanan Melayu                   berempat, pembesar berlapan,
                   Melaka menjadi gemilang dengan sistem                  pembesar enam belas dan
                   pentadbiran yang  tersusun dan berkesan.
                                                                          pembesar tiga puluh dua.
                4.  Pentadbiran Sistem Pembesar Empat                 (iv)  Pembesar ini berperanan sebagai
                   Lipatan yang mantap telah membawa                      pentadbir kerajaan pada peringkat
                   keamanan  dan  kemakmuran  kepada                      pusat, jajahan, daerah, mukim dan
                   Kesultanan Melayu Melaka.                              kampung.



                 146





         05.2 FOC PT3 SEJ.indd   146                                                                   18/10/2019   6:08 PM
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14