Page 11 - Sains Thn 4 (EG)
P. 11

Tarikh:                                                     Sains  Tahun 4  Unit 1 Kemahiran Saintifik


             SP 1.1.5  Meramal dengan membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa atau fenomena berdasarkan pemerhatian, pengalaman lalu atau data.
             SP 1.1.9  Mendefinisi secara operasi dengan memerihalkan satu tafsiran tentang perkara yang dilakukan dan diperhatikan bagi sesuatu situasi mengikut aspek yang
                    ditentukan.
             SP 1.1.10  Mengawal pemboleh ubah dengan menentukan pemboleh ubah bergerak balas dan dimalarkan setelah pemboleh ubah dimanipulasi ditentukan dalam
                    sesuatu penyiasatan.
             SP 1.1.11  Membuat hipotesis dengan membuat pernyataan umum yang boleh diuji tentang hubungan antara pemboleh ubah dalam sesuatu penyiasatan.

             4.  Sekumpulan  murid  Tahun  4  telah  menjalankan  satu  penyiasatan  untuk  mengkaji
                kekuatan daya magnet. Klip kertas yang digunakan adalah sama saiz.

                  Magnet         Saiz           Bilangan klip kertas yang melekat pada magnet
                     P           Kecil                                  6

                     Q        Sederhana                                12
                     R          Besar                                  18

               (a)  Nyatakan hipotesis bagi penyiasatan di atas.  SP 1.1.11    TP 3    Mengaplikasi

                    Semakin besar saiz magnet, semakin banyak klip kertas yang melekat
                    padanya.

               (b)  Kenal pasti pemboleh ubah berikut:  SP 1.1.10    TP 1    TP 2    TP 3    Mengaplikasi

                    (i)   Pemboleh ubah malar:    Saiz klip kertas

                    (ii)   Pemboleh ubah dimanipulasi:   Saiz magnet

                    (iii)  Pemboleh ubah bergerak balas:   Bilangan klip kertas yang melekat

               (c)   Nyatakan definisi secara operasi bagi kekuatan magnet.  SP 1.1.9    TP 4  Menganalisis
                    Definisi secara operasi bagi kekuatan magnet ialah bilangan klip yang melekat

                    pada magnet.

               (d)  Satu  lagi  magnet,  iaitu  S  digunakan  dalam  penyiasatan  ini.  Magnet  S  lebih
                    besar daripada magnet R. Ramalkan bilangan klip kertas yang melekat pada
                    magnet S.  SP 1.1.5    TP 3    Mengaplikasi
                    Lebih daripada 18

               (e)  Bulatkan objek yang boleh melekat pada magnet.        TP 4        Menganalisis










            TAHAP PENGUASAAN ( ) 1     2     3     4     5    6


                                                       3                         © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






   01 Unit 01 Genius PBD Sains Th4.indd   3                                                      21/09/2022   2:32 PM
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16