Page 7 - Sukses Model Penulisan Tahun 4, 5 & 6 2022
P. 7

Bahasa Melayu KSSR – Membina ayat


                                Panduan Membina Ayat







                 Ciri-ciri Ayat yang Lengkap

               1.	 Pengenalan
               	   •	 Murid	diberikan	gambar	tunggal	atau	gambar	bersiri.
               	   •	 Dalam	gambar	tersebut	mengandungi	pelbagai	situasi.
               	   •	 Murid	diminta	untuk	membina	lima	ayat	lengkap.

               2.	 Idea	/	Isi
               	   •	 Sesuatu	 ayat	 itu	 akan	 dianggap	 idea	 /	 isi	 sekiranya	 maklumat	 yang
                       dinyatakan	terdapat	dalam	gambar.
               	   •	 Hal	 ini	 bermakna,	 murid	 tidak	 boleh	 mereka-reka	 pernyataan	 yang	 tidak
                       terdapat	dalam	gambar.

               3.	 Bahasa
               	   •	 Ayat	yang	ditulis	perlulah	mengikuti	aspek	tatabahasa	yang	betul.
                   •	 Jangan	menggunakan	bahasa	yang	berbelit-belit.
               	  Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
               	   •	 Penggunaan	kosa	kata	perlu	luas	dan	sesuai	dengan	bahan	yang	diberikan.
               	   •	 Pastikan	 setiap	 ayat	 mempunyai	 subjek	 dan	 predikat	 serta	 mempunyai
                       penerang	dan	keterangan	yang	meluas.


               4.	 Panduan	Menjawab
               	   •	 Perhatikan	dengan	teliti	gambar	yang	diberikan.
               	   •	 Kemudian,	catatkan	maklumat	yang	terdapat	dalam	gambar.
               	   •	 Seterusnya,	maklumat	yang	diperoleh	dikembangkan	menjadi	ayat	yang
                       sempurna.
               	   •	 Jika	banyak	terdapat	maklumat	itu,	pilih	maklumat	yang	penting	sahaja.
               	   •	 Ketika	menulis	ayat,	murid	perlu	meletakkan	nombor.
               	   •	 Jangan	menulis	dalam	satu	perenggan.















                                                      2





         Bahagian A.indd   2                                                                05/11/2021   4:01 PM
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12