Page 8 - Britannica 3 - Cuaca
P. 8
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Maggy
Perasaan ingin tahu yang sangat kuat terhadap cuaca
menyebabkan dia bercita-cita untuk menjadi ahli kaji
cuaca. Seorang gadis yang bijak dan kritis. Harapannya
adalah mahu memenangi Pertandingan Penyiasat Cuaca
Cilik. Penerangan daripada Kak Mai tentang cuaca telah
mendorongnya memulakan pengembaraan yang penuh
keseronokan.
Luo Yun
Kawan baik Maggy. Lebih gemar bermain bola sepak
daripada belajar. Turut serta dalam pengembaraan cuaca
Maggy dan Kak Mai.
Kak Mai
Pakar meteorologi yang telah mencipta kapal Feyun,
iaitu kapal peneroka cuaca tercanggih dan tahan lasak.
Beliau telah membawa Maggy dan Luo Yun meneroka
dunia cuaca dan mengajar pelbagai pengetahuan
meteorologi.
Adi
Robot pembantu penyelidik Kak Mai. Mampu
menjawab semua soalan tentang cuaca dengan pantas.
Apabila dia sudah mula bercakap, susah hendak berhenti.
BritannicaV3_P01-P07_INTRO_BM.indd 7 5/27/19 4:05 PM

