Page 34 - Britannica 11 - Burung
P. 34

Deria luar biasa burung

           Deria penglihatan dan pendengaran burung sangat luar biasa. Namun, organ lain agak
      mirip dengan manusia atau tidak mencapai tahap manusia. Mari memahami deria burung!






             Pancaindera burung

             Burung  mempunyai  deria  penglihatan  dan  pendengaran  yang  sangat  peka.  Sebaliknya,  deria  rasa
         burung sangat lemah, namun deria baunya sangat baik.


                                                                           Deria penglihatan
                                                                           Lebih baik daripada
          Deria bau                                                        mamalia. Medan
          Burung dapat menghidu bau                                        penglihatannya sangat
          makanan sejauh beberapa kilometer.                               luas dan dapat melihat
                                                                           tempat yang sangat
                                                                           jauh semasa terbang
                                                                           di udara.

          Deria rasa
          Burung dapat membezakan rasa
          masam, manis dan pahit. Manusia
          ada 10 000 deria rasa, manakala
          burung ada 300 hingga 400 sahaja.                                Deria pendengaran
                                                                           Kurang baik daripada
                                                                           mamalia, tetapi lebih
                                                                           baik daripada manusia
                                                                           terutamanya burung
          Deria sentuhan
                                                                           yang aktif pada waktu
          Deria ini melibatkan seluruh                                     malam.
          badan. Deria sentuhan yang
          paling maju ialah paruh dan lidah.




             Ibu burung memberikan kehangatan
             melalui sentuhan
             Ibu  burung  menggunakan  dada  yang  tidak
         berbulu  pelepah  kerana  ada  banyak  saluran
         darah untuk mengeramkan telurnya. Telur burung
         memerlukan  suhu  yang  sesuai  untuk  menetas,
                                o
                      o
         iaitu  antara  30 C  hingga  38 C.  Oleh  sebab  itu,
         ibu  burung  akan  mencabut  bulu  pelepah  yang
         masih ada pada dadanya. Jika suhu telur terlalu
         tinggi,  ibu  burung  akan  meninggalkan  telur  buat
         sementara  waktu.  Jika  suhu  telur  terlalu  rendah
         pula, ibu burung akan terus mengeram sehingga
         telur menetas. Tempoh pengeraman telur itik kira-
         kira 25 hari, manakala penguin kira-kira 62 hari.  Ibu itik mengeramkan telurnya selama kira-kira 25 hari.






   BritannicaV11_P08-P39_CH01A_BM.indd   33                                          26/04/2019   3:47 PM
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39