Page 41 - Hybrid PBD 2022 Form 3 - Sejarah
P. 41
Sejarah Tingkatan 3 Bab 3
PBD 3.4 Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu Buku Teks ms. 76 – 77
PBD
PBD
9. Rajah di bawah menunjukkan keahlian Majlis Mesyuarat Persekutuan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada
tahun 1909. SP 7.3.4 TP4
Pesuruhjaya Tinggi British
Residen Jeneral
Empat orang Empat orang Empat ahli tidak
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
Raja Melayu Residen rasmi
Berdasarkan rajah tersebut, jawab soalan-soalan berikut dengan betul.
(a) Apakah peranan Majlis Mesyuarat Persekutuan dalam pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu?
Meluluskan undang-undang di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
(b) Mengapakah kewibawaan Raja-raja Melayu terjejas berikutan penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan?
Raja-raja Melayu hanya menjadi ahli biasa dalam Majlis. British berkuasa mengawal undang-undang dan
kewangan Negeri-negeri Melayu. Pesuruhjaya Tinggi British mengambil alih kuasa pentadbiran.
(c) Pada pendapat anda, apakah kesannya jika keadaan seperti di (b) berterusan? KBAT Menilai
Raja-raja Melayu kehilangan kedaulatan. Institusi kesultanan terhapus. Raja Melayu dilucutkan jawatan.
Negeri Melayu tiada raja. Keadaan dalam negeri menjadi huru-hara. Rakyat bangun memberontak.
( Mana-mana jawapan yang munasabah)
(d) Sebagai rakyat, apakah yang dapat anda lakukan bagi memelihara kedudukan dan kekuasaan sultan
dalam pentadbiran negeri? KBAT Mengaplikasi
Menyatakan bantahan terhadap sistem pentadbiran baharu. Memberi sokongan kepada Raja-raja
Melayu. Menguatkan jati diri. Memantapkan penguasaan ilmu pengetahuan. Menunjukkan semangat
perpaduan yang kukuh.
( Mana-mana jawapan yang munasabah)
10. Durbar pertama diadakan di Kuala Kangsar pada tahun 1897.
Jawab soalan-soalan berikut berkaitan Durbar. SP 7.3.4
Soalan Jawapan
(a) Apakah yang anda faham tentang Durbar? Pertemuan antara Raja-raja Melayu dengan British bagi
membangkitkan isu-isu masyarakat tempatan yang
terjejas akibat pentadbiran British.
(b) Mengapakah British menubuhkan Durbar? Bagi mendapatkan sokongan Raja-raja Melayu terhadap
pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
(c) Siapakah yang menganggotai Durbar? Pesuruhjaya Tinggi British, Raja-raja Melayu, Residen
Jeneral, Residen-residen.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 36
03 (EG) HYBRID PBD Sej Ting 3.indd 36 28/09/2021 2:53 PM

