Page 52 - Hybrid PBD 2022 Form 3 - Sejarah
P. 52

Sejarah  Tingkatan 3  Bab 7
               PBD   7.3 Penentangan Masyarakat Tempatan terhadap Kuasa Barat                         Buku Teks ms. 187, 189
               PBD
               PBD
                6.  Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid yang lebih dikenali sebagai Haji Abdul Rahman Limbong telah
                  mengetuai golongan petani melancarkan penentangan terhadap British.
                   Berdasarkan aspek-aspek berikut, huraikan gerakan penentangan tersebut.      SP 8.1.3    TP4


                                     Penentangan Haji Abdul Rahman Limbong di Hulu Terengganu

                                                          Faktor penentangan


                   (a)  British menguatkuasakan undang-undang yang menyulitkan kehidupan petani.
                             Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
                   (b)  Pelaksanaan pas kebenaran untuk bercucuk tanam membebankan petani.


                   (c)  Cukai wajib dibayar dan sekiranya gagal mematuhi peraturan tersebut akan dikenakan tindakan iaitu
                       membayar denda.



                                                        Kekuatan penentangan

                   (d)  Memohon lesen pleader untuk membela golongan petani di mahkamah dengan menggunakan hujah
                       agama.

                   (e)  Menyatakan bahawa rakyat bebas mengerjakan tanah tanpa membayar cukai kerana  tanah tersebut

                       adalah "Hak Allah SWT“.

                   (f)  Beliau berhujah bahawa sistem percukaian British berlawanan dengan hukum syarak.


                   (g)  Beliau menuntut hak mengerjakan tanah harus mengikut hukum agama Islam.


                                                        Peristiwa penentangan

                   (h)  Petani di Kuala Telemong telah menentang peraturan baharu dengan membersihkan tanah tanpa
                       mengambil pas kebenaran daripada British. Seramai 300 hingga 500 orang petani berkumpul di Kuala
                       Telemong untuk membersihkan 200 ekar tanah milik Tengku Maimunah dan 400 ekar tanah kerajaan

                       tanpa pas kebenaran.

                   (i)  1 000 orang petani berhimpun di Marang, Kuala Telemong dan Kuala Berang untuk mengisytiharkan
                       perang terhadap British.


                   (j)  Mereka menduduki balai polis, bangunan kerajaan dan mengibarkan bendera merah.


                                                          Kesan penentangan

                   (k )  Haji Abdul Rahman ditangkap.


                   (l)  Dibuang negeri ke Makkah.








              © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.                      88





         07 (EG) HYBRID PBD Sej Ting 3.indd   88                                                                  28/09/2021   2:57 PM
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57