Page 20 - PBD Plus Pendidikan Seni Visual T3 (EG)
P. 20

TAJUK                                                                                          Seni Halus

           2                                        Seni Lukisan









        Fokus Topik



         1.  Seni lukisan merupakan karya seni yang dapat mendekatkan seseorang ke arah mengenali nilai dan identiti
            budaya masyarakat yang melahirkannya.


         2.  Lukisan  menjadi sumber nilai sejarah apabila terdapat lukisan yang tertentera di dinding-dinding gua
            tempatan pada tamadun Mesir Purba.


         3.  Perkembangan sejarah lukisan tempatan:
            (a)  Era 1960-an
                Pengaruh gaya Barat dengan aliran ekspresionisme dan abstrak ekspresionisme dalam kalangan pelukis
                yang melanjutkan pengajian ke luar negara.

            (b)  Era 1970-an
                (i)  Perubahan yang berlaku pada era ini ke arah kesenian tradisi yang lebih mencerminkan identiti
                    nasional daripada ketetapan dalam Kongres Kebudayaan Kebangsaan (1971) dan Seminar Akar-
                    akar Kesenian Peribumi (1979).
                (ii)  Gaya seni moden Barat dikekalkan di samping kesenian tradisi dan Islam sebagai sumber inspirasi
                    dalam berkarya.
            (c)  Era 1980-an
                (ii)  Kemunculan kesenian Islam.
                (ii)  Karya seni lukisan berkonsepkan Islam.
                (iii)  Kepelbagaian stail dalam mencari identiti yang mencerminkan nilai bangsa, masyarakat, budaya
                    dan agama.

            (d)  Era 1990-an
                (i)  Pada era ini, era pluralis terkenal lantaran kaya dengan kepelbagaian stail, pendekatan dan makna.
                (ii)  Dalam era ini, pelukis terdiri daripada:
                    •  Pelukis yang menggunakan tradisi.
                    •  Pelukis yang merujuk kepada estetika seni Islam.
                    •  Pelukis yang mengekalkan stail seni Barat.
            (e)  Era seni kontemporari
                (i)  Karya seni tampak tidak terhad kepada penggunaan media, alatan dan teknik konvensional apabila
                    penerimaan penggunaan teknologi.
                (ii)  Pelbagai hasil karya seni kontemporari dihasilkan melalui media campuran, media baharu, teknik
                    hibrid dan teknik lukisan digital.












                                                                                         Fungsi teks daripada
                                                                                         komputer menghasilkan
                                                                                         karya dalam bentuk
                           Karya potret digital
                                                                                         media baharu


       © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.                       10





   02 PBD PLUS  PSV TG3.indd   10                                                                           30/12/2022   3:51 PM
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25