Page 16 - TOP ONE GEO TG2
P. 16

Geografi  Ting. 2 KSSM   Bab 2  Peta Topografi



               SUDUT                  PAK–21







                                                                             Pembina Soalan

                   Bab 2          Peta Topografi

                   Subtopik       2.4 Ciri Pandang Darat Fizikal dan Ciri Pandang Darat Budaya

                                  Di akhir pembelajaran, murid-murid dapat mengenal pasti ciri pandang darat
                   Hasil          fizikal dan ciri pandang darat budaya yang terdapat di kawasan kediaman atau
                   Pembelajaran   kampung  masing-masing  serta  mewakilkan  ciri-ciri  tersebut  dalam  bentuk
                                  simbol

                                  Untuk menggalakkan murid berinteraksi dan meningkatkan pemahaman
                   Objektif       mengenai peta topografi, garisan grid, rujukan grid, ciri pandang darat fizikal
                                  dan ciri pandang darat budaya serta mentafsir peta topografi
                   Peralatan      Google map, alat tulis, kertas A4

                                  1.  Secara individu, murid diminta mencari satu kawasan menggunakan google
                                     map kawasan kediaman atau kampung masing-masing dalam keluasan
                                     2 km persegi.
                                  2.  Murid diminta menukarkan ciri-ciri geografi di kawasan tersebut dalam
                                     bentuk simbol.
                                  3.  Murid  perlu  membuat  garisan  grid  dan  memberi  nilai  mengikut  format
                                     dalam buku teks.
                   Aktiviti       4.  Murid perlu membina lima soalan berdasarkan peta yang dibina.

                                  5.  Murid diminta menukarkan peta tersebut dan soalan yang dibina dengan
                                     murid lain.
                                  6.  Murid  lain perlu  menjawab soalan  tersebut dalam masa 10  minit.
                                     Kemudian, jawapan kepada soalan-soalan tersebut perlu dibincangkan
                                     dengan pembina peta dan soalan.
                                  7.  Murid secara rawak dipilih untuk ke hadapan dan memperlihatkan tugasan
                                     yang diberi kepada murid-murid yang lain.



















              © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               20
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21