Page 10 - Focus KSSR 2022 Sejarah Thn 4
P. 10

Sejarah KSSR  Tahun 4  Unit 1  Mengenali Sejarah


                    1.3       Kaedah Penyelidikan Sejarah                                                    1

                	 1.	 Kaedah	lisan
                     (a)  Mendapatkan  maklumat  sejarah  melalui  temu	 bual                                    Unit
                         dengan orang	sumber yang terdiri daripada mereka
                         yang  terlibat  dalam  peristiwa  sejarah,  melihat  atau
                  Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                         mendengar peristiwa sejarah daripada orang lain.
                     (b)  Langkah dalam kaedah lisan:
                         (i)  Mengenal pasti orang sumber dan menyediakan
                             soalan berdasarkan tajuk kajian.
                         (ii)  Menemu bual dan merakamkan perbualan.
                         (iii)  Menyalin rakaman, menyimpan data perbualan dan membuat penulisan.
                	 2.	 Kaedah	bertulis
                     (a)  Mendapatkan maklumat daripada tulisan dan lakaran
                         yang diperoleh daripada dinding gua, batu, kulit kayu
                         dan bahan bercetak.
                     (b)  Langkah dalam kaedah bertulis:
                         (i)  Mengenal pasti sumber sejarah yang tepat.
                         (ii)  Mengumpulkan sumber sejarah.
                         (iii)  Mentafsir maklumat dalam sumber.
                         (iv)  Membuat penulisan.
                	 3.	 Kaedah	arkeologi
                     (a)  Mendapatkan  maklumat  daripada  bahan  tinggalan  sejarah  melalui  proses  gali	 cari
                         (ekskavasi).
                     (b)  Contohnya tembikar, fosil, barangan logam dan kulit siput.
                     (c)  Arkeologi maritim (bawah air) merupakan proses mendapatkan maklumat dari dasar	laut
                         seperti kapal karam, artifak dan struktur purba.



                                                                                            VIDEO
                                                                                                   Pengenalan
                                                                                                   Arkeologi
                                                                                                   Maritim di
                                                                                                   Malaysia





                    1.4      Ruang dan Masa


                	 1.	 Sejarawan  menggunakan  urutan	 masa  untuk  mengkaji  peristiwa  sejarah  yang
                     telah berlaku.
                	 2.	 Urutan masa dikenali sebagai kronologi. Konsep masa ini dapat dibahagikan kepada dekad,
                     abad dan alaf.
                	 3.	 Konsep masa juga boleh dilihat mengikut zaman, iaitu zaman Sebelum Masihi (SM) dan zaman
                     Masihi (M).


                                                                                                      3
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15