Page 19 - Focus KSSR 2022 Sejarah Thn 5
P. 19
Sejarah KSSR Tahun 5 Unit 2 Agama Islam di Malaysia
Semasa zaman penjajahan
1. Undang-undang Islam boleh diamalkan semasa zaman penjajahan Portugis dan Belanda di
Melaka.
2. Namun, pelaksanaan undang-undang Islam dihadkan di negeri-negeri Melayu semasa
penjajahan British dan pendudukan Jepun.
Unit
2 Zaman penjajahan British Zaman pendudukan Jepun
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
• Sultan menjadi ketua agama Islam dan • Sultan menjadi ketua agama Islam dan
adat istiadat Melayu di negeri baginda. adat istiadat Melayu di negeri baginda.
• Undang-undang Islam digunakan dalam • Majlis Agama Islam diwujudkan oleh
hal yang menyentuh isu kekeluargaan, Jepun.
harta pusaka dan zakat. • Bertanggungjawab terhadap undang-
undang keluarga Islam.
3. British kembali menjajah Tanah Melayu selepas pendudukan Jepun dan undang-undang
Islam tetap dilaksanakan.
2.4 Agama Persekutuan Malaysia
1. Kewujudan pelbagai agama dan kepercayaan menyerlahkan keunikan identiti Malaysia.
2. Malaysia kaya dengan pelbagai adat, budaya dan warisan. Pelbagai perayaan agama dan
kaum diraikan seperti sambutan Maulidur Rasul, Hari Wesak, Hari Thaipusam, Hari Gawai dan
Pesta Kaamatan.
3. Namun demikian, agama Persekutuan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan
ialah agama Islam.
4. Agama-agama lain boleh diamalkan walaupun agama Islam merupakan agama Persekutuan.
5. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menghormati agama dan kepercayaan semua kaum
agar perpaduan negara dapat dipelihara.
Hari Wesak Hari Thaipusam
Maulidur Rasul
Hari Gawai Pesta Kaamatan
12
02 [FOCUS KSSR SEJARAH Thn5].indd 12 05/04/2022 8:09 AM

