Page 3 - RAJA EKSPERIMEN 23 PEREDARAN BULAN
P. 3

Stesen Sains





                      Bulan: Satelit semula jadi
                      yang jelas kelihatan pada

                                    waktu malam




                       Cahaya bulan penuh yang menerangi permukaan bumi

                  bersamaan dengan mentol 100 wat yang berada sejauh 20 meter.
                  Cahaya bulan mempengaruhi kegiatan hidupan tertentu. Contohnya,
                  skarab menggunakan cahaya bulan ini untuk menentukan laluan yang

                  betul. Tanpa cahaya bulan, skarab tidak dapat mencari laluan tersebut.

                       Pengaruh bulan terhadap tingkah laku manusia masih belum

                  jelas. Namun begitu, ada kajian yang menunjukkan bahawa kegiatan
                  jenayah dan kes kecemasan di hospital mencapai tahap tertinggi

                  semasa bulan penuh. Martin Roosli dari Universiti Bern, Switzerland dan
                  rakannya dalam keadaan bergurau memutuskan untuk menguji sama
                  ada tempoh tidur manusia dipengaruhi oleh bulan atau tidak. Beliau
                  terkejut apabila mendapati tempoh tidur manusia pada bulan penuh

                  kurang kira-kira 20 minit berbanding pada bulan sabit.


                       Sebelum terciptanya teleskop, manusia hanya mampu melihat
                  bulan dengan mata kasar. Kini, manusia berterusan melakukan
                  penerokaan ke bulan dalam usaha untuk mengenal dan mencari















     ExpV2_P01-P07_INTRO_B.indd   2                                                      6/23/17   11:49 AM
   1   2   3   4   5   6   7   8