Page 5 - FOCUS SEJARAH KSSM TG4
P. 5

Sejarah Tingkatan 4  Bab 2  Kebangkitan Nasionalisme

              2.1   Maksud Nasionalisme


               1.  Nasionalisme bermaksud perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara.
               2.  Nasionalisme juga diertikan sebagai semangat kebangsaan yang berkaitan dengan perjuangan
                 menentang penjajahan dan pembelaan terhadap bangsa dan negara.
               3.  Nasionalisme juga bermaksud gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial
                    Bab
        Bab
        2        daripada penguasaan orang asing.
               4.  Idea nasionalisme berbeza antara negara dengan zaman kerana berkait rapat dengan pengalaman
                 sejarah dan pengaruh sekeliling seperti keturunan, agama, bahasa dan adat resam.
               5.  Nasionalisme ialah gerakan untuk melahirkan  perasaan kekitaan dengan menggunakan
                 persamaan kebudayaan dan pengalaman sejarah yang bertujuan membebaskan bangsa dan
                 negara daripada penjajahan.
               6.  Gerakan ini menuju matlamat yang sama,        Praktis Formatif  1
                 iaitu membina bangsa yang bersatu dan        1.  Berdasarkan pendapat tokoh dan sejarawan,
                 negara berdaulat.                              rumuskan maksud nasionalisme.

             Pendapat Tokoh

                       Tokoh                             Tafsiran berkaitan nasionalisme


                                       •  Nasionalisme merupakan satu gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang
                                         hanya kepada negara atau bangsanya.

                     Hans Kohn
                                       •  Kebangkitan nasionalisme Melayu lebih kepada kesedaran diri pada dekad
                                         terakhir  sebelum  Perang  Dunia  Kedua  disebabkan  ancaman  terhadap
                                         kepentingan orang Melayu dan faktor ekonomi.
                                       •  Nasionalisme juga timbul akibat kebimbangan masyarakat terhadap sekularisme
                                         dan imperialisme Barat yang melanda Tanah Melayu.
                Profesor William R. Roff

                                       •  Kita  hendak  menzahirkan  suatu  bangsa  yang  lebih  tegap  dan  kuat,  boleh
                                         berdiri di atas tapak kaki kita sendiri dan mengambil tempat yang sebenar di
                                         sisi bangsa-bangsa lain yang tegap dan bersatu
                   Dato’ Onn Jaafar

                                       •  Perjuangan menentang penjajahan hendaklah ada persatuan dan perpaduan
                                         yang kuat, iaitu National Fronts.
                                       •  Segala tenaga menentang penjajahan hendaklah digunakan untuk mencapai
                                         kemerdekaan dengan tetap berpegang pada tatatertib dan adab sopan bangsa
                                         Melayu dan agama Islam.
               Dr. Burhanuddin al-Helmi
                                       •  Nasionalisme  merupakan  fenomena  sejagat  yang  mengiktiraf  hak  setiap
                                         bangsa di dunia ini untuk menubuhkan negaranya sendiri.
                                       •  Nasionalisme memindahkan kedaulatan kepada rakyat.
                                       •  Nasionalisme  juga  menuntut  kesetiaan  ulung  individu  disalurkan  kepada
                                         negara bangsa itu.
                 Dr. R. Suntharalingam



                12




       02 Fokus Sejarah Ting 4.indd   12                                                            11/03/2020   10:08 AM
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10