Page 32 - Ranger SPM 2022 Ekonomi
P. 32

Ekonomi  SPM  Bab 1 Pengenalan kepada Ekonomi
               Kelebihan sistem ekonomi perancangan pusat

                      Agihan pendapatan yang seimbang
                 1   •  Semua  barang  dan  perkhidmatan  diagihkan  secara  sama  rata  kepada  masyarakat
             Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                        supaya mengecilkan jurang pendapatan masyarakat.


                      Barang awam dan kebajikan masyarakat diutamakan
                 2
           Tingkatan 4  Pengeluaran secara berskala besar
                     •  Kerajaan yang mengutamakan kebajikan masyarakat akan menyediakan barang dan
                        perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat.


                 3
                     •  Kerajaan  melakukan  aktiviti  pengeluaran  secara  besar-besaran  dan  menikmati
                        ekonomi bidangan iaitu kos pengeluaran yang rendah.



                 4   •  Faktor pengeluaran diagihkan melalui kerajaan dan mengambil kira kos sosial.
                      Peruntukan sumber ke arah kebajikan masyarakat



               Kelemahan sistem ekonomi perancangan pusat


                      Pilihan individu terhad
                 1   •  Masyarakat tidak mempunyai kebebasan kerana semua pilihan  dan keputusan adalah
                        dibuat oleh kerajaan.


                      Kurang motivasi dan intensif bekerja kuat
                 2   •  Individu  tidak  mempunyai  kuasa  untuk  mengumpul  kekayaan  secara  bebas  dan  ini

                        tidak menggalakkan mereka bekerja kuat.


                      Keusahawanan individu terhad
                 3   •  Keusahawanan  dan  inovasi  tidak  dapat  berkembang  pesat  kerana  tidak  wujud
                        persaingan. Hal ini menyebabkan ekonomi tidak berkembang maju.



                      Risiko kesilapan dalam membuat keputusan
                 4   •  Risiko membuat keputusan yang kurang tepat adalah tinggi dan ini akan menjejaskan
                        kebajikan rakyat kerana keputusan ekonomi dibuat oleh sekumpulan pemerintah yang
                        kecil.




           10                                                                                                                                                                                     11






         01 Ranger SPM Ekonomi Ting.4.indd   10                                            31/12/2021   12:16 PM
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37