Page 8 - NOVEL SERAM - SEKOLAH BERHANTU
P. 8
Prolog
perkara aneh berlaku di sekolah, tidak juga.
Hanya sekolah itu agak sunyi. Pada lewat petang
segelintir pelajar sahaja masih berada di padang
dan dewan sekolah untuk aktiviti kokurikulum
mereka. Ada yang berlatih sukan dan ada juga
yang saja-saja melepak bersama-sama kawan-
kawan selepas waktu sekolah. Begitulah yang
sering difikirkan Lung Dam.
Setelah semua pelajar pulang ke asrama dan
kawasan sekeliling mulai gelap, suasana menjadi
sunyi sepi. Hanya pengawal keselamatan itu yang
masih berada di kawasan sekolah, dilimpahi cahaya
lampu jalan yang samar-samar, bertemankan
lampu suluh di tangan.
Lung Dam bersenandung kecil sambil
bersiul senang hati ketika meronda dari satu
blok ke satu blok bangunan. Tugas hakiki yang
dirasakan mudah. Mudah berbanding kerja
sebagai pengawal keselamatan di kilang-kilang
dan bangunan pejabat. Sekolah Menengah
St Maria Convent itu terdiri daripada pelajar
perempuan. Jadi, kejadian pelajar memanjat
pagar sekolah untuk curi-curi keluar atau
seumpamanya, boleh dikatakan tidak berlaku.
Kalau di kilang, seribu satu kemungkinan,
terutama kejadian pencuri memecah masuk dan
mencederakan pengawal keselamatan.
3
Sekolah Berhantu.indd 3 3/10/17 8:16 AM

