Page 33 - Science Up Jilid 9
P. 33

Fenomena Menarik Organ Deria

             Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved

                  Ilusi Optik                                                        Walaupun sama
                                                                                     panjang, tetapi garis
                       Ilusi optik berlaku apabila kita melihat sesuatu yang         di bawah terlihat
                                                                                     lebih panjang.
                  berbeza daripada keadaan yang sebenar. Hal ini berlaku
                  kerana sesuatu yang dilihat bukan sahaja bergantung                Semua bulatan
                                                                                     merah adalah
                  pada  mata, tetapi juga  bagaimana  otak mentafsirkan
                                                                                     sama saiz.
                  sesuatu yang dilihat.
                                                                                     Walaupun sama
                                                                                     besar, tetapi
                                                                                     bulatan putih
                                                                                     terlihat lebih besar.

                  Bunyi 3D                                            Contoh fenomena ilusi optik


                       Telinga manusia boleh mengetahui sumber bunyi melalui perbezaan kekuatan atau perbezaan
                  masa bunyi. Jika telinga kanan mendengar  bunyi  lebih  cepat dan kuat, bermakna bunyi  tersebut
                  dari sebelah kanan. Stereo ialah peralatan audio yang boleh menghasilkan kesan  bunyi 3D. Stereo
                  menggabungkan bunyi dari kanan dan kiri  untuk  menghasilkan  bunyi tersendiri. Dengan cara ini,
                  terciptalah kesan bunyi 3D.


                  Mabuk Perjalanan


                       Jika kita menaiki kapal laut atau bas dalam tempoh yang lama, kadang-kadang kita berasa loya
                  dan pening. Selepas turun dari kapal laut atau bas, kita akan berasa mabuk perjalanan atau dikenali
                  sebagai sindrom disembarkment. Hal ini berlaku kerana organ
                                                                          Peningnya!
                  vestibul beradaptasi dengan goncangan  kapal laut atau bas.
                  Ketika di atas darat, badan berusaha menahan goncangan
                  tersebut sehingga muncul fenomena ini.




















         ScienceV9_P17-P40_Chap 2_Outline.indd   40                                       8/26/2019   9:59:12 PM
   28   29   30   31   32   33   34