Page 7 - PBD Plus Sejarah T1 (EG)
P. 7
Sejarah Tingkatan 1 Bab 1
1.2 Pengertian Sejarah Mengikut Pandangan Sejarawan Buku Teks ms. 5
SP 1.1.2 Menjelaskan pengertian sejarah mengikut pandangan sejarawan
4. Jelaskan pengertian sejarah mengikut pandangan sejarawan berikut. TP 3
(a) Menurut Herodotus, sejarah ialah penceritaan tentang tindakan manusia
yang penting dan mengagumkan serta sebab berlakunya sesuatu peristiwa.
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
(b) Menurut E.H. Carr, sejarah merupakan tindak balas pembaca terhadap
penulisan sejarah, iaitu fakta-fakta yang ditulis oleh sejarawan.
(c) Ibn Khaldun menyatakan sejarah membicarakan perkara tentang
masyarakat manusia, peradaban dunia dan perubahan-perubahan yang
berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu.
(d) Menurut Khoo Kay Kim, sejarah mendorong kita lebih memahami apa-apa
yang berlaku pada masa kini, di samping menjamin kesilapan yang sama
tidak berulang.
(e) Muhd Yusof Ibrahim menyatakan sejarah ialah masa lalu itu sendiri. Sejarah
merupakan catatan atau rekod tentang sesuatu peristiwa yang berlaku
pada suatu masa yang lalu.
TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6 3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

