Page 22 - PBD Plus P.Islam T4 (EG)
P. 22
Fokus KBAT
IDEA Terkeluar Kekufuran
Allah SWT menyediakan neraka jahanam bagi sesiapa sahaja
yang mensyirikkan-Nya.
1. Huraikan kesan buruk perbuatan syirik yang wajib dijauhi oleh setiap individu Muslim.
KBAT Memahami
Perbuatan syirik ialah dosa besar yang boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar
daripada Islam dan boleh jatuh kafir. Hal ini kerana amalan syirik merupakan amalan orang
kafir yang sentiasa mensyirikkan Allah SWT dengan sesuatu. Oleh itu, setiap individu Muslim
hendaklah menjauhi diri daripada perbuatan tersebut supaya selamat di dunia dan di akhirat.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Patutkah nama Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu memperolok- olok dan
mengejeknya?” Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana
sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman.”
(Surah at-Taubah: 65 – 66)
2. Apakah akibat yang akan ditanggung oleh seseorang yang mempersendakan ayat-ayat Allah
SWT dan menghina para rasul-Nya? Kemukakan hujah yang bernas. KBAT Menganalisis
Perbuatan mempersendakan, menghina atau mempermain-mainkan ayat-ayat al-Quran
dan para rasul-Nya adalah termasuk dalam perkara yang membawa kepada kekufuran jika
dilakukan dengan sengaja dan dosa besar disebabkan kejahilan. Kesimpulannya, penghinaan
yang menyebabkan pelakunya dihukum kufur ialah menghina ajaran Islam yang bersifat
qat’ie dengan kata-kata atau tulisan sama ada semuanya atau salah satu daripadanya.
Enrolment key
pit4**pOT
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 10
01 PBD PLUS ISLAM TG4.indd 10 03/01/2023 11:26 AM

