Page 45 - PBD Plus P.Islam T4 (EG)
P. 45
Fokus KBAT
IDEA Terpesong Tegas
Sejak akhir-akhir ini kita dapati pelbagai kelakuan yang dilakukan oleh anak-anak
remaja Islam yang menghina syiar-syiar Islam itu sendiri. Ada dalam kalangan mereka
yang melukis tatu kalimah Allah SWT pada badan mereka sekadar gurauan.
1. Apakah implikasi yang akan dihadapi oleh seseorang yang melakukan perbuatan sedemikian?
Kemukakan hujah anda. KBAT Menilai
Semua perkataan dan perbuatan atau tingkah laku tersebut termasuk dalam kategori
mempersendakan agama yang boleh membawa kepada terpesongnya pegangan akidah
seseorang itu. Imam al-Syafie ketika ditanya berkenaan seseorang yang mengejek atau
mempersendakan sesuatu daripada ayat-ayat Allah SWT, beliau mengatakan bahawa dia telah
kafir. Oleh yang demikian, kita hendaklah sentiasa berhati-hati dengan setiap perkataan atau
perbuatan walaupun ia sekadar gurauan agar tidak mendatangkan kebencian Allah SWT.
Tindakan segelintir mereka yang membaca khutbah semasa Aidilfitri dengan
memegang ‘alat’ atau ‘bahan’ lain menggantikan tongkat atau cokmar seperti batang
penyapu dengan niat bergurau senda, atau jadi bahan gelak ketawa semata-mata
mahu mendapatkan perhatian orang ramai.
2. Sebagai remaja Islam, apakah sikap anda dalam mendepani situasi tersebut? KBAT Mengaplikasi
Para pemuda hendaklah bersikap tegas dan berani serta prihatin terhadap isu-isu semasa
yang timbul dalam soal akidah dan syariat Islamiah. Kita hendaklah mengambil tindakan
sedaya yang mampu untuk mempertahankan kesucian Islam daripada dipermain-mainkan
oleh golongan yang mempunyai sikap seperti al-Julas dan yang seumpamanya. Kesimpulannya,
kita tidak boleh berdiam diri apabila melihat perbuatan mempersendakan Islam berlaku
di hadapan kita.
Enrolment key
pit4**pOT
33 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
04 PBD PLUS ISLAM TG4.indd 33 06/01/2023 7:40 AM

