Page 25 - Ranger SPM 2022 Perniagaan
P. 25

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.

                  Dato’ Wan Mohammad Sani Salleh

                  “Saya bukan sekolah tinggi sangat. Saya belajar daripada orang yang berpengalaman,
                  malah dengan sesiapa sahaja. Saya membuat analisis dan kajian sendiri tentang cara
                  mengurus perniagaan, barulah saya boleh kendalikan perniagaan dengan baik” katakan
                  oleh Dato’ Wan Mohammad Sani Salleh.

                  Dato’ Wan  Mohammad Sani Salleh atau dikenal sebagai Dato’ Sani merupakan pemilik
                  operasi  bas  yang dikenal ramai  iaitu Sani Express  di bawah  syarikat  pengendali,
                  Sani  United Sdn.  Bhd. (SUSB). Beliau mempunyai  kebolehan dalam  menentukan
                  visi dan misi yang ingin dicapai. Beliau bermula dengan membuka bengkel membaiki
                  kenderaan dan kemudiannya menubuhkan SUSB bersama dengan dua orang rakan
                  dan enam  buah  bas  sahaja.  Pada  awal  penglibatannya,  SUSB mensasarkan  untuk
                  memiliki 100 buah bas dengan 500 orang kakitangan dalam meneroka semua laluan
                  di negara ini di samping melibatkan diri dalam perniagaan perhotelan dan hartanah.
                  Kini perniagaannya telah memberikan pulangan jutaan ringgit dan telah mempunyai
                  bangunan 3 tingkat sendiri, iaitu Wisma Dato’ Sani yang terletak di Klang Sentral
                  sebagai pusat operasi bagi industri pengangkutan, hospitaliti, hartanah, dan bengkel.
                  Beliau telah berusaha mencapai visi dan misi yang ingin dicapai.



                  Nur Amirah Maulat Abdullah
                  “Untung rugi, suka duka, pahit manis segalanya asam garam perniagaan yang ditempuh
                  setiap usahawan. Namun, semua itu tidak boleh dijadikan pematah semangat untuk
                  terus berjaya sebaliknya menjadikannya pendorong kejayaan,”.
                  Nur Amirah Maulat Abdullah merupakan seorang wanita yang mempunyai semangat
                  juang yang tinggi untuk membuktikan setiap  individu  mampu mencapai  kejayaan
                  diimpikan  asalkan  mempunyai  semangat dan  keazaman.  Peniaga  ini  dinobatkan
                  penerima  Anugerah  Ikon  Usahawan  Tahunan  Bawah  30-an  pada  Majlis  Anugerah
                  Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2017 anjuran Niaga Times. Perniagaan
                  dalam  taliannya  bermula  sejak  tahun  2013  dengan  menjual  produk  kecantikan
                  sebelum berubah kepada pengeluaran produk kecantikan dengan jenama NA Beauty.
                  Kemudiannya, beliau mengembangkan sayap  perniagaan ke dunia  fesyen dengan
                  mengeluarkan tudung dan jubah menerusijenama bynuramirah. Selepas mendirikan
                  rumah tangga, dia bersama suami menggabungkan perniagaan dengan mengeluarkan
                  jubah  lelaki  dan wanita menerusi jenama  Elrah  Exclusive  malah  kini mempunyai
                  sebuah butik di Bandar Baru Bangi.





          xxvi






         TOKOH RANGER PENIAGA SPM.indd   26                                                 29/12/2021   4:04 PM
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30