Page 41 - Ranger SPM 2022 Perniagaan
P. 41

Perniagaan  SPM  Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan
               Kelebihan dan kekurangan perniagaan francais kepada francaisi

                             Kelebihan                             Kekurangan
                •  Memiliki dan menjalankan satu perniagaan   •  Terikat kepada kontrak perniagaan
             Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                  yang sistematik                       •  Perlu  mengawal  kualiti  barang  kerana
                •  Reka bentuk yang seragam              boleh menjejaskan nama baik francaisor
                •  Mendapat sokongan pengurusan daripada   •  Tiada inovasi dan inisiatif sendiri untuk
                  francaisor
                                                         memajukan perniagaan
           Tingkatan 4  •  Jenama terkenal dan jaringan perniagaan
                •  Risiko kegagalan perniagaan rendah
                  yang lebih luas
                •  Tidak  perlu  banyak  pengalaman  dalam
                  perniagaan




               Usaha Sama
                 1. Usaha sama merupakan suatu  perkongsian antara  dua  atau  lebih  individu  yang
                    bersetuju untuk bekerjasama  menjalankan suatu  pengeluaran  dalam  tempoh
                    masa yang ditetapkan.

                 2. Ciri-ciri usaha sama adalah seperti berikut:
                    (a)  Merupakan suatu entiti perniagaan baharu
                    (b)  Modal disumbangkan oleh pihak yang bekerjasama
                    (c)  Pihak yang terlihat bekerjasama dalam kawalan dan pengurusan
                    (d)  Pihak yang terlibat berkongsi aset, hasil, dan perbelanjaaan
                    (e)  Pihak yang terlibat merupakan pemegang saham baharu
                    (f)  Perniagaan akan dibubarkan apabila sesuatu projek telah disiapkan
                    (g)  Ada perjanjian khas seperti peranan dan tanggungjawab masing-masing
                 3. Tujuan usaha sama adalah untuk meningkatkan kedudukan  perniagaan sedia ada
                    dengan  perkongsian dana perniagaan dan  kepakaran bersama serta meningkatkan
                    keuntungan.

                 4. Usaha  sama  adalah  bersifat  sementara. Apabila sesuatu  tujuan atau  matlamat
                    penubuhan usaha sama telah dicapaikan, maka usaha sama tersebut akan dibubarkan.

                 5. Contoh usaha sama di Malaysia ialah KL Airport Hotel Sdn. Bhd. dan Atoz Hospitality
                    Services Sdn. Bhd. telah membentuk syarikat usaha sama untuk mengendalikan dan
                    menguruskan jenama hotel lapangan terbang baharu, Sama-Sama Hospitality Group.







           16                                                                                                                                                                                     17






         01.4 RANGER PENIAGA SPM.indd   16                                                  29/12/2021   4:05 PM
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46