Page 73 - Ranger SPM 2022 Perniagaan
P. 73

Perniagaan  SPM  Bab 2 Trend Semasa dalam Perniagaan

                   2.4   Kesan Perubahan Persekitaran terhadap Organisasi
                         Perniagaan

             Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                 1. Berikut  adalah  kesan perubahan persekitaran  terhadap perniagaan berdasarkan
                    aspek pasaran, trend, dan undang-undang.
                                              Kesan perubahan terhadap organisasi
                        Aspek     Perubahan fesyen dan gaya hidup pengguna
           Tingkatan 4            •  Fesyen dan gaya hidup pengguna berubah mengikut masa.
                    Pasaran
                                   Perniagaan perlu membuat perubahan berdasarkan pasaran supaya
                                   tidak terlepas syer pasaran yang dapat dikuasai. Contohnya,
                                   komputer meja telah berubah menjadi komputer riba serta tablet
                                   yang membolehkan pengguna membawa ke merata-rata tempat
                                   untuk menggunakannya.
                                  Lambakan barang import
                                  •  Lambakan merujuk aktiviti jual barang import dalam pasaran
                                   tempatan pada harga yang lebih rendah daripada kos pengeluaran
                                   atau harga keluaran di pasaran dalam negara tersebut. Ini akan
                                   menjejaskan perniagaan tempatan.
                                  Pembangunan dalam teknologi
                                  •  Ini dapat mewujudkan barangan baharu serta menyebabkan
                                   barangan versi lama semakin berkurang.
                    Trend guna    Peningkatan dalam permintaan terhadap barang dan perkhidmatan
                    tenaga        akan menyebabkan pengeluaran firma-firma meningkat. Lebih banyak
                                  guna tenaga diperlukan dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan.
                                  Oleh itu, akan berlaku peningkatan dalam trend guna tenaga.
                    Trend         Apabila pendapatan boleh guna masyarakat meningkat, perbelanjaan
                    pendapatan    masyarakat turut akan bertambah. Ini akan merancakkan
                                  pertumbuhan ekonomi.
                    Trend         Trend pertumbuhan ekonomi yang berkembang memberi
                    pertumbuhan   kesan positif kepada perniagaan. Kerajaan berperanan untuk
                    ekonomi       memperkukuhkan tahap pertumbuhan ekonomi melalui pelaksanaan
                                  dasar-dasar.
                    Undang-       Perniagaan perlu sentiasa peka terhadap undang-undang yang
                    Undang        diluluskan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.
                                  Kesan perubahan yang wujud dari aspek undang-undang termasuklah:
                                  •  Melindungi perniagaan daripada sebarang penipuan
                                  •  Mewujudkan sistem perniagaan yang adil
                                  •  Melindungi hak semua pihak dalam perniagaan




                PRAKTIS      FORMATIF           4


                   1.  Nyatakan tiga kesan perubahan yang wujud dari aspek undang-undang.


           48                                                                                                                                                                                     PB






         02.4 RANGER PENIAGA SPM.indd   48                                                  29/12/2021   4:07 PM
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78