Page 3 - Praktis Pintar KSSR 2022 Tahun 4 - Matematik
P. 3
Aktiviti PAK-21
Gallery Walk
1. Rajah di bawah menunjukkan kad-kad nombor yang ada di dalam 2 buah kotak.
47 560 95 214
63 488 54 620
80 000 26 300
12 540 72 063
Kotak A Kotak B
Anda diminta mengeluarkan satu kad nombor dari kotak A dan satu kad nombor dari
kotak B.
Lekatkan kad nombor di atas satu kad manila secara bersebelahan seperti contoh hasil
kerja di bawah.
Bandingkan nilai nombor pada dua kad yang dikeluarkan.
Tulis ‘lebih besar daripada’ atau ‘lebih kecil daripada’.
Ulang langkah di atas sehingga kad di dalam kotak habis.
Pamerkan hasil kerja anda di papan kenyataan kelas bersama hasil kerja rakan yang
lain. Rakan-rakan yang lain akan memberi komen kepada hasil kerja anda.
Contoh hasil kerja:
Kotak A Kotak B
47 560 lebih kecil daripada 54 620
80 000 lebih besar daripada 72 063
63 488 lebih besar daripada 26 300
12 540 lebih kecil daripada 95 214
i © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

