Page 15 - Praktis Pintar KSSM Sains - Thn 3
P. 15
Nama: ......................................................................... Kelas: ............................ Tarikh: ............................
TEMA 4
Praktis Sains Bahan
8 Asid dan Alkali
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Halaman Buku Teks: 105 – 114
NOTA PINTAR
8.1 Bahan Berasid, Beralkali dan Neutral
Menguji Bahan Berasid, Beralkali dan Neutral
1. Kertas litmus digunakan untuk menguji sama ada sesuatu bahan itu
bersifat asid, alkali atau neutral.
2. Kertas litmus mempunyai dua warna, iaitu kertas litmus merah dan kertas
litmus biru.
3. Sifat kimia bagi bahan dapat ditentukan dengan melihat perubahan warna
yang berlaku pada kertas litmus itu apabila dicelupkan ke dalam bahan
tersebut.
4. Jadual di bawah menunjukkan perubahan warna kertas litmus, bahan
dan sifat kimianya.
Bahan Kertas litmus biru Kertas litmus merah Sifat kimia
Berubah warna
Air limau Kekal merah Asid
kepada merah
Sabun cecair Kekal biru Berubah warna kepada biru Alkali
Air paip Kekal biru Kekal merah Neutral
5. Bahan neutral pula tidak menukarkan warna kedua-dua kertas litmus.
6. Bahan berasid, beralkali dan neutral juga mempunyai rasa yang tertentu.
Bahan Rasa
Asid Masam
Alkali Pahit
Neutral Manis, masin, tiada rasa
7. Selain daripada menggunakan kertas litmus, ekstrak kunyit, ekstrak bunga
raya dan ekstrak kubis ungu juga boleh digunakan untuk menguji bahan.
67 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

