Page 11 - Peta Minda
P. 11
Mengapa Peta Minda?
Peta minda merupakan salah satu instrumen pembelajaran yang
dicipta untuk memudahkn pembelajaran itu sendiri. Dari tiga
elemen seperti teks, grafik dan gambar peta minda mem-punyai
kelebihannya tersendiri. Dari segi teks yang ringkas dan mudah
difahami diikuti dengan teks yang teks yang tidak begitu kecil,
maka mata tidak berasa letih untuk membaca kandungan yang
terdapat dalam peta minda. Tambahan pula, peta minda
mempunyai grafik yang menarik meskipun ringkas. Hal tersebut
mampu menarik perhatian misalnya kanak-kanak untuk belajar
berbanding membaca teks yang panjang dan tidak dinafikan
membosankan. Seterusnya, gambar yang terdapat dalam peta
minda mampu menambah lagi kefahaman terhadap ilmu yang
dibentangkan secara tidak langsung memudahkan pembelajaran.
Kesimpulannya, peta minda mempunyai banyak kebaikan bagi
dunia pembelajaran dan merupakan satu instrumen yang patut
digunakan dan patut dipopulerkan lagi bagi tujuan pembelajaran
pada masa akan datang.

