Page 2 - Peta Minda
P. 2

PENGENALAN











              Telah berdekad peta minda telah digunakan bagi tujuan pembelajaran,


     ingatan, percambahan fikiran, pemikiran visualisasi. Peta minda banyak


     digunakan oleh guru, pensyarah, jurutera bahkan murid juga menggunakan


     peta minda untuk membuat nota. Menurut Buzan (2003), peta minda ini


     digunakan oleh pelbagai bidang. Contohnya,dalam bidang pembelajaran dan


     pendidikan peta minda diajar sebagai “Jaring” atau “Penjaringan”,. Manakala

     dalam bidang kejuruteraan digunakan dalam merancang dan pengilustrasian.


     Peta konsep yang diciptakan oleh Joseph D.Novak hampir sama dengan peta


     minda tetapi peta minda lebih ringkas, berjejari dengan hanya ada satu kata


     kunci dari pusatnya.Peta minda dicipta oleh seorang pengarang buku Tony


     Buzan. Beliau mencipta instrumen ini pada tahun 1974. Tony Buzan


     memperkenalkan ciptaanya iaitu "Peta Minda" dalam sebuah rancangan yang

     dihoskan oleh Beliau yang bertajuk "Use Your Head" . Inspirasi bagi beliau


     untuk mecipta peta minda ini datang daripada seorang ahli falsafah bebangsa


     Poland yang bernama  Alfred Habdank Skarbek Korzybski. Ahli falsafah ini


     menarik minat Tony Buzan apabila dia menyatakan membaca traditional iaitu


     dengan mengimbas setiap ayat dari kiri ke kanan bukanlah kaedah yang


     terbaik. Sejak dari itu, Tony Buzan mula untuk mencari penyelesaian bagi


     masalah tersebut dan akhirnya mencipta peta minda yang ringkas tetapi

     padat dengan maklumat.
   1   2   3   4   5   6   7