Page 1 - SKBA MANUAL PENGURUSAN SKBA 2021 - test
P. 1
SEULAS PINANG
Alhamdulillah, terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran kerana dengan limpah dan rahmatNya
dapat saya memberikan sepatah dua kata di dalam Buku Pengurusan Sekolah pada tahun ini. Kepada seluruh
warga pendidik di sekolah ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
‘SELAMAT TAHUN BARU 2021’
Sempena dengan tahun baru ini, marilah kita bersama-sama mempertingkatkan azam, menggembeling
tenaga dan bersatu menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menjadi teras
kepada usaha kita selama ini. Transformasi pendidikan yang dirancang ini adalah legasi Negara yang bukan
sahaja melibatkan murid pada hari ini, tetapi juga seluruh anak bangsa pada masa akan datang. Justeru itu,
segala cabaran dan halangan perlulah kita tangani dengan bijaksana. Sesungguhnya untuk memulakan
perubahan itu memerlukan keazaman yang tinggi. Namun, saya yakin dan percaya dengan iltizam yang kuat
dan kerjasama semua pihak serta niat yang ikhlas, insyaAllah usaha kita akan diberkati dan inspirasi yang di
hasratkan akan dicapai.
Visi dan misi sekolah perlu dihayati dikaji oleh setiap warga sekolah dari semasa ke
semasa bagi mempastikan Penunjuk Prestasi Sekolah (KPI) yang meliputi semua aspek dalam
setiap bidang dapat dicapai dengan jayanya.
Sesungguhnya kegemilangan sesuatu organisasi menagih banyak pergorbanan,
kesungguhan serta usaha gigih semua pihak. Justeru itu semua warga SK Bukit Awang diseru
untuk terus berganding bahu mencipta kegemilangan dengan menjayakan budaya ilmu
pengetahuan dan menjana kemenjadian pelajar sebagai agenda utama dalam perkhidmatan.
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera, dijadikan panduan dalam
menentukan halatuju sesebuah sekolah. Sekolah berperanan besar dalam menghasilkan modal
insan kelas pertama. Kemahiran berfikir aras Tinggi (KBAT) hendaklah menjadi tunjang utama
dalam pengajaran dan pembelajaran (pdpc) dalam bilik darjah.
Sekian, terima kasih.
“SELAMAT MAJU JAYA”
PENTADBIR
SK Bukit Awang

