Page 16 - Rahsia Jambul Cikgu Amnah
P. 16

Ain Maisarah
        tahun itu menyusun kuih-muih di deretan
        meja hadapan kantin. Hana memerhati
        jam di tangannya. Ada sepuluh minit lagi
        sebelum loceng  berbunyi. Mereka harus
        bergerak pantas lagi tangkas.
           “Apa yang kita tunggu? Itu Mak cik
        Sharepah. Cepatlah  kita tanya apa  yang
        patut!” Huda sudah mendahului. Namun
        Hana cepat-cepat menarik lengan baju Huda,
        mahu menghentikan langkah kawannya itu.
           “Huda! Takkanlah kita nak tanya straight
        forward pada Mak cik Sharepah! Mesti dia
        pelik! Tak ada angin, tak ada ribut……tiba-
        tiba sibuk nak bertanya itu ini!” Hana cepat-
        cepat memberi peringatan.
           Nita  mengangguk  tanda  setuju.  “Betul
        kata Hana. Selama ini kita tak pernah beli
        kuih-muih di kantin. Kita juga bukan jenis
        kuat makan macam budak-budak debab
        ‘Kelab Saiz XL’ tu.”

                            16
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21