Page 3 - NOTA BUMI [ TAHUN 4/ BAHAGIAN 1 ]
P. 3
Bagaimanakah kehidupan
angkasawan di angkasa yang
tiada tarikan graviti?
Jelaskan.
Tanpa graviti, angkasawan
akan terapung di udara. Oleh
sebab itu, angkasawan perlu
memakai pakaian khas dan
menggunakan peralatan
khas untuk urusan harian
supaya tidak terapung
seperti objek di sekeliling.
DAYA TARIKAN GRAVITI BUMI
❖ Graviti bumi ialah daya yang
menarik objek ke arah pusat
bumi.
❖ Tanpa daya tarikan graviti
bumi, semua objek akan
terapung di udara.
❖ Semua objek di Bumi dapat
berada pada kedudukannya
kerana adanya daya tarikan
graviti bumi.

