Page 2 - BUKU PROGRAM MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM 2021
P. 2
Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum adalah satu acara tahunan yang diadakan bagi
memberi penghargaan kepada murid-murid serta guru-guru yang aktif dan cemerlang dalam
bidang kokurikulum . Majlis yang dianjurkan ini seiring dengan hasrat Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) yang berteraskan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) untuk
membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan,
berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi melahirkan modal insan
yang syumul. Majlis ini juga diharap dapat menjadi pendorong dan menyuntik semangat murid-
murid agar melibatkan diri dan mengejar kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum di
peringkat Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa.
Memberi dorongan kepada murid untuk terus bergiat aktif dalam bidang
Kokurikulum.
Dapat meningkatkan keyakinan diri serta menambahkan penglibatan pelajar dalam
penyertaan pertandingan di peringkat yang lebih tinggi.
Menanam sifat bekerjasama, bertolak ansur dan mengamalkan ikatan perpaduan
dalam kalangan murid.
Memberi penghargaan kepada guru-guru yang membimbing murid dalam aktiviti
kokurikulum.
Memupuk semangat bersatu padu dan berusaha melonjakkan bukan sahaja kecemerlangan
individu bahkan juga Kelab/Persatuan, Sukan dan Permainan serta Pasukan Badan
Beruniform.
Melahirkan pelajar yang berketrampilan dan berdedikasi serta mampu menjadi pemimpin
yang berkaliber.
Menggalakkan pelajar berusaha dalam aspek kepimpinan serta dapat memupuk sikap
disiplin yang tinggi.
Melahirkan warga SMKPP9(2) yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam bidang
kokurikulum.

