Page 6 - SIRI PENILAIAN PROGRESIF KSSR BM 5 百份评审国文5
P. 6
Bahasa Melayu Tahun 5 Penilaian 1
E Teliti gambar dan petikan, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya. 3.2.1 KBAT 5
Ibu bapa Kamala sangat bertanggungjawab dan kasih
akan Kamala. Setiap hari, mereka akan menyemak
kerja sekolah Kamala. Pada hujung minggu, mereka
akan melakukan aktiviti riadah bersama-sama. Ibu
百份评审国文5, 版权所有·侵权必究
bapa Kamala tidak mahu Kamala stres kerana stres
akan mengganggu pembelajaran Kamala.
Kamala seorang murid yang rajin. Dia tekun ketika
belajar di dalam kelas. Jika ada tajuk yang tidak
difahami, dia ringan mulut untuk bertanya kepada guru.
Guru-guru sangat menyenangi sikap Kamala. Kamala
nekad untuk belajar bersungguh-sungguh hingga
berjaya.
1. Berdasarkan gambar dan petikan, apakah nilai yang ada dalam diri ibu bapa Kamala
yang dapat mendorong Kamala untuk berjaya?
2. Pada pendapat kamu, apakah sikap yang ada dalam diri Kamala yang perlu dicontohi
oleh orang lain untuk berjaya?
© Tunas Pelangi Sdn. Bhd. 4
pg01-12_Progresif BMT5.indd 4 22/02/2021 4:21 PM

