Page 15 - SIRI KBAT UPSR BM 高思维系列国文
P. 15
Bahasa Melayu Pemahaman Bahagian A
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Mengapakah kita memerlukan rehat dan tidur yang
cukup? Rehat dan tidur yang secukupnya amat penting
untuk memulihkan semula tenaga yang sudah digunakan
sepanjang hari. Hal ini amat penting bagi mereka yang
UPSR高思维系列国文, 版权所有·侵权必究
aktif dan mempunyai jadual yang padat.
Tidur yang cukup akan memberikan kesegaran badan. Waktu tidur membantu
mengumpulkan semula lebih banyak tenaga, tidak mengantuk selepas bangun dan
sentiasa segar untuk menjalankan aktiviti seharian. Kesannya, kita akan berasa lebih
bersemangat pada waktu pagi.
Apabila kita kurang rehat dan tidur menjelang hari peperiksaan, badan kita
akan menjadi letih dan lemah. Keletihan ini akan menyebabkan kita tidak bersemangat
dan berasa tertekan untuk menghadapi peperiksaan seolah-olah tidak bersedia
menghadapinya. Masalah ini menyebabkan tekanan darah kita meningkat dan
seterusnya menyebabkan kadar denyutan jantung terlalu cepat dan tidak sekata.
Hal ini akan memudaratkan kesihatan kita lebih-lebih lagi ketika peperiksaan semakin
hampir.
Sewaktu tidur, kadangkala kita akan bermimpi. Namun begitu, tahukah
anda bahawa mimpi tersebut dapat membantu menguatkan daya ingatan? Hal
ini demikian kerana waktu tidur ialah masa badan berehat, sementara otak pula
sibuk memproses segala pengalaman dan peristiwa yang kita lalui sepanjang hari
serta mengaitkannya dengan perasaan dan ingatan. Sehubungan dengan itu, daya
ingatan kita akan menjadi lebih baik.
KAMUS MINI
✶ aktif – giat (bekerja, berusaha) 活跃
✶ kesegaran – kecergasan 灵活
✶ tertekan – tertindas 压力
23 © Tunas Pelangi Sdn. Bhd.

