Page 9 - SIRI KBAT UPSR BM 高思维系列国文
P. 9
Bahasa Melayu Pemahaman Bahagian A
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Bercakap tentang makanan kegemaran, membuat saya terbuka selera seketika.
Makanan kegemaran saya ialah lontong. Walaupun saya bukan berketurunan Jawa,
namun makanan ini sangat menyelerakan.
Lontong ialah beras yang telah ditanak, sama
UPSR高思维系列国文, 版权所有·侵权必究
seperti memasak ketupat atau nasi himpit. Lontong boleh
dibungkus dengan daun pisang atau plastik. Setelah lontong
yang telah siap dimasak itu sejuk, lontong akan dipotong
mengikut saiz tertentu. Lontong sedap dimakan dengan
kuah lodeh atau gulai nangka, berlaukkan ayam goreng dan sambal sotong, sambal
kacang atau sambal ikan bilis.
Untuk membuat gulai nangka, nangka perlu direbus hingga lembut. Bawang
merah dan cili yang telah dikisar serta serai hendaklah ditumis, kemudian masukkan
nangka yang telah direbus tadi. Selepas itu, masukkan santan, garam dan serbuk
perasa secukup rasa.
Lontong sedap dimakan tidak mengira masa, asalkan kuah lodeh atau gulai
nangka masih panas. Kerisik, kelapa kukur goreng atau serunding boleh dimakan
bersama lontong sebagai penambah selera mengikut kuantiti yang dikehendaki.
Lontong menjadi makanan kegemaran saya dan makanan sesetengah
penduduk di Johor, Melaka, Klang, Sekinchan, Kuala Selangor dan Perak malah
lontong juga digemari di seluruh negara.
KAMUS MINI
✶ kegemaran – kesukaan 喜爱
✶ selera – cita rasa, yang menjadi pilihan 食欲,有胃口
✶ secukup rasa – sesuatu makanan yang lengkap rasanya 够味的
17 © Tunas Pelangi Sdn. Bhd.

