Page 28 - Arif Tatabahasa KSSR BM 国文语法小专家
P. 28
Arif Tatabahasa Bab 14 Kata Bilangan
Ingat di Minda
3 Penggunaan kata bilangan yang menunjukkan makna jamak.
Salah Betul
(a) dua buah buku-buku dua buah buku
国文语法小专家, 版权所有·侵权必究
(b) beberapa orang pekerja- beberapa orang pekerja
pekerja
(c) ketiga-tiga orang pemain- ketiga-tiga orang pemain itu
pemain itu
(d) semua pelajar-pelajar semua pelajar
3 Apabila kata bilangan yang menunjukkan makna jamak digunakan,
maka kata nama itu tidak boleh diulang.
3 Kata bilangan setengah-setengah dan kedua-dua akan berubah
maksudnya jika salah satu pasangan perkataan digugurkan.
3 Setengah membawa maksud separuh daripada satu unit, iaitu
tergolong dalam kata bilangan pecahan.
3 Kedua pula membawa maksud kedudukan pada tempat kedua
dan tergolong dalam kata bilangan tingkat.
3 Kata bilangan yang ditulis dalam bentuk angka, misalnya ke-11,
ke-28, ke-128 dan lain-lain perlu menggunakan tanda sempang
( - ). Sekiranya angka itu ditulis dalam bentuk perkataan, maka
sempang tidak boleh hadir lagi, misalnya kedua, kelima, kesepuluh
dan seumpamanya.
76
Bab09-17_p051-088.indd 76 1/18/19 12:07 PM

